Pagi Ini #BloggerKepoh Ingin Membawa Anda Menyorot & Menyelami Dongengan Rakyat Tentang $1 RM1 Satu Ringgit Seringgit Tandatangan Aishah Yang Tersohor Di Bumi Malaysia. 😊
Ketahuilah Cerita Perihal Duit Aishah, Ianya Sangat Sensasi Dimulut Masyarakat, Malah Wujud Perbagai Versi Dongengannya Siap Dengan Penambah Perasa...Haihhh!!!
Namun, #BloggerKepoh Hanya Ingin Sentuh & Kupas 2 Versi Cerita Yang Paling Popular Sahaja...
Lepas Tu Baru #BloggerKepoh Singkapkan Fakta Numismatik Disebalik Kewujudan Duit Aishah Ini.
Anda Juga Mungkin Meminati SA - PULOH KEPALA AGONG
Shopping Duit Lama DI SINI KLIK LAH
Cerita Versi A - Konon Nya Wang Kertas Ini Datang Dari Alam Bunian, Alam Ghaib, Alam Sebelah Sana...
Khasiatnya Dikatakan Boleh Buat Tarik Duit & Membuatkan Anda Menjadi Orang Kaya Baru Dengan Sekelip Mata!!!
Wow...Begitu Hebatkah Kuasa Sekeping Wang Kertas?
Walaupun Ianya Menyimpang Dengan Ajaran Agama, Tetapi Masih Ramai Yang Yakin & Percaya Akan Cerita Karut & Tahyul Macam Ini. Nauzubillah, Macam - Macam Perangai Manusia Di Muka Bumi.
Upacara Tarik Duit |
Macam Mana Nak Jawap Tu? Dan Macam Mana Nak Tahu Ada Khadam Ke Tidaknya?
Fyi, Khadam Merujuk Kepada Jin aka Penjaga Duit. Katanya, Senang Ajer, Letak Duit Tu Dibawah Bantal Masa Nak Tidur Di Malam Hari, Jika Berkhadam, Ia Akan Menjelma Dalam Mimpi...🙄🙄🙄
Punggahhh, Abis Lingkup Duit #BloggerKepoh Kalo Buat Macam Ni. Belinya Belum Tentu, Risiko Duit Downgred Siapa Mau Tanggung? Aiyaaaa...Ini Macam Punya Olang Pun Ada, Kasi Pening Kepala Sahaja...Huhuhu
Selingan - Untuk Pengetahuan Semua, Ahli Numist Sangat Sayang Akan Koleksi Mereka, Lagi - Lagi Item Yang RARE, Ditatangnya Bagai Minyak Yang Penuh Sebelanga, Demi Menjaga Condition Koleksi Mereka Agar Sentiasa Tip Top Sepanjang Masa. So Jika Anda Punya Sanak Saudara / Rakan Taulan Yang Minatnya Kepada Numismatik, Berhati - Hatilah Ketika Membuka & Membelek Album Koleksinya...Dan Jangan Sesekali Minta Pinjam Item Koleksi Beliau Untuk Diletakkan Dibawah Bantal Tidur Anda...Hahaha
Dah - Dah, Jom Kembali Kepada Cerita Versi A Tadi Tu...
Upacara Ngankung Kangkung |
Bukan Itu Sahaja, Antara Lain Khasiatnya Duit Aishah Ini, Dikatakan Mampu Menjadi Medium Perantaraan Untuk Upacara Ngankung Atau Bahasa Mudahnya Menurun Nombor Ekor. Tudiaaaa Betoi Ka Paklong? Betoi Ka Mamu? Betul Ke Ane? Ala Betul Ke Ah Soh?
Rasanya Semua Tak Percaya Kot Nooo? Tapi Hanya Kerana Nak Cepat Kaya Dengan Mudah, Halal & Haram Di Letak Tepi, Pejam Pi La Mata Sat Ye Dak? Mana Tahu Kalo Betul - Betul Masyukkk...
Namun Dalam Banyak - Banyak Cerita Yang Didengar, Selalunya Yang Kena Tiaw, Yang Dipersalahkan Bila Upacara Tarik Duit & Menurun Nombor Ekor Tak Jadi, Semuanya Dihalakan Kepada Pelanggan, "Antara Kamu Ni, Ada Hati Yang Sangsi & Curiga", "Salah Seorang Dari Kamu Ada Yang Langgar Syarat & Pantang" & Lain - Lain Alasan Dari Tok Bomoh, Tok Bomoh Tak Salah & Tak Silap Juga...Kebal Gitu. Wakaka
Deyyy Macha, Kalau Itu Bomoh Pandai Tarik Duit, Dia Bikin Sendiri La Tiap - Tiap Malam, Buat Apa Bagi Sama Lu Orang!!! Ayoyoyo Kadawaley!!!
Klik $1 Duit Lama
Keratan Akhbar Bukti Wujud Amalan Tarik Duit |
Betulkah Duit Aishah Ini Boleh Buat Tarik Duit & Menurun Nombor Ekor? Jengggg...Jenggggg (muzik suspen)
Atau Hangpa Dah Kena Tipu Kot Bang Non?
Tok Bomoh Pau Duit Pengeras Banyak Mana Dah? Hahahaha
Inilah Duit Yang Dikatakan Dari Alam Sebelah Sana |
Permaisuri Aishah |
Meh Kita Dengar Pulak Cerita Versi B.
Adakah Cerita Versi B Semistik & Semisteri Serta Setahyul Cerita Versi A ?
Jangan Biarkan Diri Anda Di Selubungi Misteri, Jangan Pandang Belakang Lagi, Jom Kita Selak...
Cerita Versi B - Duit Ini Sangat Istimewa & Sangat Jarang Sekali Di Temui, Jika Adapun Hanyalah Di Tangan Kerabat - Kerabat Raja, VIP & Dif - Dif Kehormat, Serta Di Tangan Kolektor Yang Poket Penuh Sahaja, Ini Kerana Ianya Sangat Ekslusif Disebabkan Duit Ini Di Tandatangani Oleh Permaisuri Agong Aishah, Maka Ianya Menjadi Item Dambaan Ramai Kolektor Dari Dalam & Luar Negara. Hari Demi Hari, Harganya Menjadi Semakin MAHAL.
Hmmm, Cerita Versi B Ini Agak Unik & Logik Juga Jika Di Bandingkan Dengan Cerita Versi A Tadi Yang Ntahapahapa Tu...Tapi Betulkah Permaisuri Agong Aishah Yang Sign Diatas Duit Ini?
Di Malaysia Ni, Kebiasaannya Signature Gabenor Bank Negara Malaysia Aje Yang Akan Terpampang Di Muka Depan Duit Malaysia (melainkan jika kita sign sendiri hehehe). Jika Benar Duit Permaisuri Agong Yang Sign, Memang Gempaklah, Dan Memang RARE Lah...#BloggerKepoh Pun Nakkkk :)
Sign Permaisuri Aishah Ke Tu? |
Tak Perlu Berlengah Lagi, Mari Kita Terjah Mencari Fakta & Kebenaran Tentang Duit Singgit Aishah Ini...Yang Mana 1 Yang Betul, Cerita Versi A Kah? Atau Cerita Versi B Kah Yang Betul? Atau Kedua - Dua Versi Di Atas Hanya Auta Semata - Mata...Orang Kedah Kata, Kena Muhong Kering - Kering!!!
Pertama, Kita Rujuk Senarai Lengkap Gabenor Malaysia (Klik Di SINI @ BNM) Dari Dulu Hingga Sekarang, Tunggu Jap #BloggerKepoh Upload Potretnya...
Haaa...Tengok & Perati Betul - Betul...Apakah Tipah Tertipu Bangggg!!!
Gabenor BNM Sejak 1959 - Semasa |
Lihat Gabenor Keenam (No.6), Beliau Adalah Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Tempoh Perkhidmatan Dari September 1998 - April 2000. Di Bawah Tu Sign Dia La, Sign Yang Orang Dok Kata Aishah Tu...Arghhhhh, Betul Ke Ni? Ya, Betul, Tidak Syak Lagi!!!
Maka, Cerita Versi A = Auta, Dan Cerita Versi B = Bohong.
Cerita - Cerita Itu Hanyalah Spekulasi Masyarakat Yang Terlalu Mudah Membuat Kata Putus & Senang Di Adu-Dombakan Oleh Mereka - Mereka Yang Tak Bertanggungjawab.
Silap - Silap Haribulan, Tok Bomoh Pun Ada Buku Rujukan Perihal Duit Malaysia, Sebab Tu Dia Minta Hangpa Cari Item - Item Yang Payah Jumpa, Yang Tak Ada Keluaran & Yang Tahunnya Tak Wujud...Hahaha
Kalo Nak Beli Buku Rujukan Duit Malaysia, WhatsApp La Saya...Nuuuu Nombor Henpon Ada Kat Bawah. (dan iklan lg tu 😂)
Dah Jelas Tentang Duit Aishah? Kalau Dah Jelas, Maka Selepas Ini, Jangan Lagi Dok Percaya Duit Aishah (Ali Abul Hassan) Ni Mai Dari Alam Ghaib & Punya Kuasa Mistik Ye, Jauhilah Diri Kita Dari Kepercayan Yang Khurafat & Amalan Yang Syirik. Hehehehe
Errrr...Nak Tanya Lagi, Jika Bukan Permaisuri Agong Aishah Yang Sign, Kenapa Pula Harga Pasaran Duit Ini Sangat Mahal???
Sebenarnya, Edaran Duit Ali Abul Hassan Ini Di Tarik Kembali Oleh BNM Di Sebabkan Pada Masa Itu Zeti Aziz Telah Pun Di Lantik Menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia. Secara Klisenya, Rekabentuk Duit Keluaran Baru Haruslah Memamparkan Tandatangan Gabenor Yang Menjawat Jawatan Itu, Namun Apa Yang Terjadi, Sign Ali Abul Hassan (yang telah melepaskan jawatan gabenor) Telah Tercetak Pada Duit Tersebut. Sungguhpun Arahan Penarikkan Balik Di Hebahkan, Namun Di Beritakan Bahawa Sebuah Bank Di Pulau Pinang Sudah Pun Terlepas Mengedarkan Duit Ini Sebanyak 50,000 Keping Ke Dalam Pasaran (ketika hampir sambutan hari raya cina)
Klik Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Dalam Dunia Numismatik (hobi kolet duit), Item -Item Yang Di Tarik Balik Edarannya Adalah Menjadi Rebutan Semua Pemain - Pemain Numismatik Itu Sendiri, Permintaan Untuk Membeli Sangat Banyak & Supply Yang Ada Sangat Kurang, Maka Harganya Akan Melambung Tinggi, Bagai Di Lambung Oleh Ombak Tsunami.
Hari Ni, Kita Kena Sediakan Duit Berkepok - Kepok Untuk Memiliki Sekeping Duit Ali Abul Hassan Ini, Atau Lebih Di Kenali Dengan Panggilan CR atau CR72 (merujuk akan prefixnya)
Insya Allah, Jika Ada Masa Nan Terluang, #BloggerKepoh Akan Membuat Entri Baru (yang lebih detail & penuh fakta) Tentang CR Ini. Nantikan Sambungan Nya Yer...
CR - Item Terhangat Sepanjang Zaman
Pray For MH370 Doakan MH370 & Visit Malaysia Year 2014