Lambang Rasmi Bank Negara Malaysia |
Sejarah Lambang Bank Negara Malaysia (BNM)
Mari kita selak sejarah lambang kijang yang menjadi lambang rasmi Bank Negara Malaysia
(rujuk gambar disebelah)
Ada cerita & ada rahsia disebaliknya, jom kita singkap bersama - sama :)
Lambang kijang sebenarnya diambil dari lambang syiling wang "kijang" emas dari negeri Kelantan. (rujuk gambar dibawah)
Wang kijang emas ini dikaitkan dengan Permaisuri Che Siti Wan Kembang, pemerintah negeri Kelantan yang dipercayai memerintah dipertengahan abad ke-17.
Menurut ceritanya, pedagang - pedagang arab mempersembahkan seekor kijang kepada Permaisuri Che Siti Wan Kembang. Baginda Permaisuri sangat menyayangi kijang itu dan kemudian menggunakannya sebagai motif rekabentuk wang di zaman baginda.
Wang kijang emas ini sangat kecil, sesetengah daripadanya hanya sebesar kuku jari kelingking sahaja. Tidak dinyatakan tarikh keluaran pada wang kijang emas tersebut.
Sekeping wang kijang emas bernilai sekupang, iaitu lebih kurang 0.65 gram emas. Pada tahun 1850, sekeping wang kijang emas dapat membeli 4 ekor ayam kampung.
Pada tahun 1964, Bank Negara Malaysia telah memilih kijang sebagai lambang rasminya. Juga dimasukkan elemen matahari & bulan sabit seperti yang terdapat pada wang kijang emas Kelantan, yang melambangkan kuasa & pengaruh agama Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan