='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Selasa, 5 Disember 2017

Pesona Hotwheels Membadai Jiwa Kolektor Malaysia

Salam sejahtera...

Mulanya sekadar untuk dijadikan mainan anak, tapi kini si Abah pulak yang kemaruk lebih...haha :p

Bagaikan tsnunami, pesona kereta tiga inci Hotwheels kini ganas membadai jiwa kolektor di Malaysia...Keghairahan ini dapat dilihat dengan tumbuhnya kedai-kedai yang menjual Hotwheels di serata pelusuk tanah air, lebih-lebih lagi di Amcorp Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Kita juga dapat melihat wujudnya pelbagai group Hotwheels di facebook. Juga munculnya semakin ramai seller yang menjual pelbagai jenis koleksi Hotwheels ini.

TMC pun sudah terjebak sama...adehhh :p

Koleksi TMC
Hotwheels 2017 - Collector Edition
Datsun Bluebird 510
with
Jun Imai (Hotwheels Designer) Signature
Jun Imai (Hotwheels Designer)
Sedang Menandatangani Autografnya
Layannnn...yang penting hobi boleh memberikan anda ketenangan, jangan tension-tension ye

Istilah Kamus DewanOrangRamai Kolektor Hotwheels Malaysia
BLISTER
Blister adalah kotak plastik yang melindungi kereta yang dilekatkan pada kad Hotwheels

MINT CONDITION
Merujuk kepada kondisi kad, Mint maksudnya dalam berkeadaan baik, contohnya, bucu kad masih tajam (tanpa soft corner)

PEG
Tempat gantung kad-kad Hotwheels di pasaraya / toys shop.

HARGA PEG
Harga yang tertera di price tag Peg pasaraya / toys shop.

L00SE
Kereta Hotwheels yang telah di keluarkan dari blister, atau kata mudahnya koyak kad.

ERROR
Kereta (masih dalam blister) yang mengalami kecacatan / kesilapan asal dari kilang, termasuk dari segi tempo (corak & design pada kereta), tidak dipasangkan tayar, salah blister, kereta dimasukkan terbalik dan lain-lain lagi. Lagi pelik error, makin tinggi harganya.

ZAMAC
Singkatan dari material Zink, Aluminium, Magnesium And Copper Alloy. Biasanya, terdapat logo ZAMAC pada kad Hotwheels tersebut.

DEAL
Maksudnya OK, aku jadi beli. Maka jangan suka-suka komen "deal" di posting jualan seller Hotwheels jika anda tidak berhajat membelinya.

RAOK
Random Acts of Kindness (Free Gift) - Biasanya seller atau kolektor Hotwheels menggunakan ayat ini untuk memberikan koleksi Hotwheels mereka secara percuma kepada sesiapa sahaja.

SCALPER
Pelakuan memborong / membeli semua model yang sama dengan kuantiti yang banyak, sapu habis!!!

JDM
Japanese Domestic Market. (Honda, Toyota, Nissan, Mazda & Lain-lain)
Kolektor Hotwheels di Malaysia lebih terarah mengumpul kereta-kereta JDM ini...

STH
STH adalah singkatan kepada Super Treasure Hunt, kereta-kereta istimewa dengan kelainan yang ditampilkan berbanding keluaran biasa. Terdapat perkataan TH di badan kereta-kereta terbabit yang membawa maksud kereta itu adalah STH.

RTH
RTH adalah singkatan kepada Regular Treasure Hunt, terdapat tanda bulatan di kad-kad RTH ini, biasanya tersembunyi di sebalik kereta & blister.

Sebarang kemusykilan / pertanyaan boleh WhatsApp TMC dengan klik link dibawah ini:-
The Malaysian Hobbies - Duit Lama Syiling Lama @ Numismalaya

Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"
"