='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Selasa, 5 Disember 2017

Kenapakah Syiling Lama Malaysia 10sen 1971 Bernilai Tinggi?

Salam sejahtera,

Entry ini adalah sambungan dari posting semalam (pengenalan) perihal Malaysia 10sen 1971, syiling lama negara kita yang sangat popular...malah dianggap sebagai "lesen" untuk menjadi kolektor duit syiling Malaysia. Hebatkan auranya :)

Duit Syiling Lama Malaysia 1sen 1970 Pun MAHAL Harganya...Click to Read

Malaysia 1st Series Coins
10sen 1971

Foto Eksklusif Sumbangan
Encik Awang Sulaiman
Kolektor Tersohor Malaysia

Muka Depan & Muka Belakang
10sen 1971 - Syiling Malaysia Siri Pertama

FAKTOR Utama Yang Membuatkan 10sen 1971 Menjadi Popular


Syiling Malaysia Siri Pertama (juga dikenali dengan panggilan Siri Parlimen) bermula dari tahun 1967 sehinggalah 1988. Faktor utama yang membuatkan syiling 10sen 1971 ini popular & bernilai tinggi kerana jumlah cetakan / tempaan (mintage) untuk 10sen bagi tahun 1971 sangatlah rendah, HANYA 32,236 keping sahaja berbanding tahun - tahun cetakan / tempaan yang lain berjumlah puluhan juta & ratusan juta keping banyaknya.
(rujuk senarai dibawah)

1967 - 106,708,000 keping
1968 -   28,292,000 keping
1969 - Tiada Pengeluaran
1970 - Tiada Pengeluaran
1971 -          32,236 keping
1972 - Tiada Pengeluaran
1973 - 214,832,756 keping
1974 - Tiada Pengeluaran
1975 - Tiada Pengeluaran
1976 - 148,840,736 keping
1977 -   52,720,061 keping
1978 -   21,161,981 keping
1979 -   50,633,326 keping
1980 -   51,797,393 keping
1981 -   36,638,957 keping
1982 - 145,638,962 keping
1983 -   30,831,573 keping
1984 - Tiada Pengeluaran
1985 - Tiada Pengeluaran
1986 - Tiada Pengeluaran
1987 - Tiada Pengeluaran
1988 -   17,852,262 keping

Kenali Seringgit Lama Malaysia - Click to View

Ramai juga yang bertanya kenapa pengeluaran (mintage) untuk 10sen 1971 sangat rendah? Untuk rekod, Bank Negara Malaysia, sehingga hari ini belum mengeluarkan apa-apa keterangan & ulasan mengenai isu itu.

Antara rumors yang popular berlegar di antara kolektor & masyarakat mengenai isu ini adalah di sebabkan banjir besar yang melanda negara pada tahun tersebut.

Ada juga pendapat mengatakan 10sen 1971 ditempa daripada lebihan plancet (kepingan syiling yang belum ditempa) dari Kilang Royal Mint, United Kingdom.

Untuk makluman semua, Bank Negara Malaysia mula mencetak / menempa syiling Malaysia di negara kita pada tahun 1971, sebelum tahun itu, kesemua syiling Malaysia dicetak di luar negara.

Panduan Untuk Mengetahui Kondisi Syiling - Click to Read

Inilah sebab & faktor yang membuatkan syiling lama Malaysia 10sen 1971 menjadi popular & digilai ramai. Misteri yang belum terjawab ini juga menjadikan 10sen 1971 sangat istimewa buat kolektor seluruh dunia.

Nantikan episod seterusnya perihal Malaysia 10sen 1971, perincian tentang variety - variety 10sen 1971 yang wujud (ditemui).

Sebarang kemusykilan / pertanyaan sila WhatsApp TMC dengan klik link dibawah :-
The Malaysian Hobbies - Duit Lama Syiling Lama @ Numismalaya

Terima Kasih

1 ulasan:

  1. 50sen have 13 pcs 1978 1pcs,1979 1pcs,1980 1pcs,1980 1pcs,1987 1pcs,1988 1pcs, 1991 1pcs,1992 1pcs,1993 1pcs,1994 1pcs,1996 1pcs,1997 1pcs,1997 1pcs

    BalasPadam

"
"