='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Isnin, 10 Disember 2018

Exclusive Souvenier Pin @ MNS Auction #168

Salam sejahtera,

Semalam 9 Disember 2018, berlansungnya majlis MNS Auction #168, dimana majlis auction kali ini diadakan di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur sempena sambutan Jubli Emas (1968 - 2018) penubuhan Malaysia Numismatic Society (MNS).

Bersempena dengan itu juga, pihak MNS telah mengeluarkan souvenier Exclusive Pin edisi terhad (100 pcs shj). Souvenier ini laris jualannya bagaikan goreng pisang panas, dalam waktu yang singkat kesemua 100pcs ini habis terjual.

Exclusive Pin memaparkan logo MNS di bahagian atasnya. Dengan kemasan emas, terlihat sangat cantik sekali...


TMC sempatlah juga membeli beberapa pcs untuk koleksi diri sendiri & untuk dijual kepada rakan - rakan yang berminat memilikinya namun tidak berkesempatan untuk datang ke majlis auction kali ini.

Terbaik lah MNS 😍

- barang baik aku kepoh -
#BloggerKepoh

Unlisted Brunei Mint Set 1974 - Wallet Set

Salam Sejahtera,

Gembira dihati bila menang bid di MNS Auction #168 untuk item unlisted Brunei Mint Set 1974 (wallet set).

Ini kerana wallet set ini ditakrifkan sebagai RARE bilamana ianya tidak disenaraikan dalam katalog Steven Tan dalam bab syiling edaran negara Brunei Darussalam. Mudah kata, seperti tidak wujud, tapi ada 😊

Jom tengok gambarnya...




Comel dan gebu, saya suka 😍

- aku yang kepoh -
#BloggerKepoh

Ahad, 9 Disember 2018

Specimen China Banknote 1935

Salam Sejahtera,

Entah Kenapa Tetiba Hati Berputik & Tertarik Untuk Mula Mengumpul Wang Kertas Negara China Yang Telah Siap Di Grading.

Fokus Lebih Terarah Kepada Wang Kertas Lama Negara China Iaitu Keluaran Tahun 1998 & Kebawah.

Dan Paling Menarik, Baru - Baru Ini TMC Memenangi Bidaan Sekeping Wang Kertas "Specimen" Negara China Tahun 1935, Bernilai Muka 10 Cents Swatow, Kwangtung Provincial Bank. Telah Siap Grading Oleh PMG Dengan Skor 63 EPQ (Choice Uncirculated).

Uniknya, Wang Kertas Specimen China Ini, Bersiri Number 00000, Dicetak Perkataan SPECIMEN & Ditebuk 2 Lubang Tembus.

Ianya Dicetak Oleh American Bank Note Company (ABNC) - rujuk gambar dibawah



Wang Kertas "Specimen" Adalah Amat Bagus Untuk Dijadikan Koleksi. Ini Kerana, Boleh Dikatakan Hampir 90% Ahli Numist Sangat Teruja Mendengar Perkataan "Specimen" Itu Sendiri. 

Sering Kali, Wang Kertas "Specimen" Ditakrifkan Sebagai RARE Item Oleh Ahli Numismatik Seluruh Dunia.

Apa Itu Wang "SPECIMEN"

Wang Specimen Biasanya Dicetak Dalam Kuantiti Terhad Untuk :-

A. Bank Pusat Negara Lain Mengenali Wang Tersebut. 

B. Bank Komersial Membiasakan Diri Dengan Rekabentuknya 

C. Adakalanya Di Negara Tertentu, Wang Specimen Dijual Kepada Collector Dalam Bentuk Commerative Folder / Album

D. Ada Juga Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Orang Kenamaan (VVIP)

E. Kebiasaannya Ianya Dilabel Sebagai
SPECIMEN NO VALUE atau SPECIMEN atau CANCELLED atau Ditebuk Lubang.

F. Berserial Number Unik, Contohnya "00000000" atau "9999999" atau "1234567890"

- aku kepoh bila teruja -
#BloggerKepoh

Malaysia Numismatic Society - MNS Auction 168

Salam Sejahtera,

Malaysia Numismatic Society (MNS) Auction #168 pada 9 Dec 2018 di Sheraton Imperial KL Hotel, Jalan Sultan Ismail.

Pendaftaran & "Lot Viewing" - 9:30am, Auction mula pada pukul 10:30am


Anda boleh sertai MNS pada hari tu. Cuma daftar dan bayar RM80 (member baru) di kaunter pendaftaran pada 9:30am 9hb Disember dan bid di auction ni.

Untuk katalog softcopy, anda boleh download di laman web MNS mulai 30hb November 2018.

Laman web : www.mnsmalaysia.org

Harap Maklum.

Sabtu, 8 Disember 2018

Security Edge (SE) vs Milled Edge (ME)

Salam Sejahtera,

Janji Bukan Manifesto, Maka Wajib Ditunaikan...

Untuk Tajuk Ini, Saya Hanya Fokuskan Kepada Duit Syiling Malaysia Sahaja, Lupakan Dulu Perihal Syiling Malaya & British Borneo.

Maka Syiling Yang Terlibat Dalam Penghuraian Ini Cuma 50 Sen Malaysia Tahun 1967, 1968 & 1969 Sahaja.

Apa Itu Security Edge (SE) & Apa Pula Milled Edge (ME) ? Soalan Yang Kerap Diutarakan Oleh Pemain - Pemain Baru Numist / Duit Lama.

Untuk Melihat Perbezaan SE - ME
 Sila ZOOM Sisi / Rim Syiling

Security Edge (SE) = Sisi Sekuriti / Belah Tengah / Berlongkang / Berparit. Selalunya Sekeping Berharga Rm5 - RM10, Melainkan Tahun 1969, Harganya Sedikit Tinggi RM15 - RM30 Sekeping Walaupun Circulated Condition.

Namun Begitu, Syiling (SE) Berkondisi UNC / BU, Harganya Ratusan Ringgit Juga Sekeping.

Milled Edge (ME) = Bergeriji / Tanpa Sisi Sekuriti
Harga Pasaran (ME) Tahun 1967 & 1968 Circulated Condition Tidak Kurang RM1000 - RM1300 Sekeping. Untuk Tahun 1969, Harganya Lebih Mahal.

Direkodkan Di Singapura, Bertarikh 19 April 2014, Harga Lelongan Untuk 50 Sen 1968 (ME) Bergred NGC MS66 Terjual Pada Harga RM19942 (termasuk premium pembeli)

Juga Di Singapura, Bertarikh 4 Oktober 2014, Harga Lelongan Untuk 50 Sen 1969 (ME) Bergred NGC MS65 Terjual Pada Harga RM81846 (termasuk premium pembeli)

Wow...Siapa Kata Duit Malaysia Murah?

- aku kepoh bila harga meroket -
#BloggerKepoh



"
"