='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Selasa, 25 September 2012

Jom Kenali Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia (MASDINAR)

   Episod Ini, Galeria Utara Berbesar Hati Memperkenalkan Sahabat Pembaca Semua Kepada Sebuah Persatuan Numismatik Yang Berdaftar Secara Sah & Berfungsi Di Peringkat Nasional Iaitu Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia ~ The Malay Sultanates Indigenous Numismatic Heritage Association, Malaysia (MASDINAR) 

Klik Kalendar Istimewa MASDINAR - Sangat Menarik





   Di Daftarkan Sebagai Suatu Pertubuhan Di Bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 Pada Tarikh Keramat 19hb September 2008. No Pendaftaran 1629-08PPG


   
Operasi Di Awal Penubuhannya Berpusat Di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pusat Operasi Persatuan Kemudiannya Di Pindahkan Ke Alor Setar, Kedah.

   Muka Hadapan Matawang Emas Kupang (yang terdapat perkataan SULTAN dalam huruf jawi/arab) Di Pilih Menjadi Logo Rasmi Persatuan Ini.

   Matlamat Persatuan :-

  • Menyusun & Menjalankan Program Penyelidikan & Pembangunan (RnD)
  • Mengatur Kerjasama Dengan Kumpulan2 Numismatik, Agensi Awam Dan Agensi Swasta; Baik Dalam Negara Mahupun Antarabangsa.
  • Menjadi Satu Badan Mencari, Menyiasat, Mengumpul & Membantu Menyelamat Objek Warisan Negara
  • Menyusun Program Bagi Mencari Sumber Dana Persatuan Supaya Dapat Berdiri Sendiri. 


 Keahlian Persatuan Ini Terdiri Daripada SEMBILAN (9) Jenis Iaitu :-

  1. Ahli Kehormat
  2. Ahli Seumur Hidup
  3. Ahli Biasa
  4. Ahli Siswa
  5. Ahli Muda
  6. Ahli Luar Negara (warganegara)
  7. Ahli Internasional
  8. Ahli Gabungan
  9. Ahli Gabungan Bersekutu 

Senarai Ahli Jawatankuasa Persatuan Bagi Sessi 2012 - 2014

1. PRESIDEN: DR. IBRAHIM BIN BAKAR 
2. NAIB PRESIDEN: PROF. MADYA MOHD ABDAD BIN MOHD ZAIN
3. SETIAUSAHA KEHORMAT: ENCIK NASRON BIN JAMIL
4. BENDAHARI KEHORMAT: ENCIK AHMAD NASYRUDDIN BIN ISMAIL


AHLI-AHLI JAWATAN KUASA:
5. ENCIK MOHD HARRIS BIN ABDUL MALIK
6. ENCIK SAHARUDIN BIN IDRIS
7. ENCIK ZULKARNINE SHAH BIN ZAINAL ABIDIN
8. ENCIK ADNAN BIN HJ ABDUL MAJID
9. ENCIK AHMAD FAIRUZ BIN ADNAN
10. ENCIK ANIZAM BIN MUSTAFA
11. ENCIK HIDAYAT BIN CHE ARIFF



PEMERIKSA KIRA-KIRA:
1. ENCIK ISHAR BIN ABDUL LATIF
2. PUAN NOR SURIYANTI BINTI ABDUL RAHIM

Jom Kita Pakat Daftar Sebagai Ahli Persatuan Ini...Sokongan Tuan/Puan Amatlah Di Alu - Alukan. Bersama Kita Menyingkap Sejarah Silam Serta Ketamadunan Bangsa & Tanahair Yang Tercinta :)

Untuk Sebarang Pertanyaan Tentang Keahlian & Informasi, Sila Hubungi :-

  • Dr Ibrahim Bakar - 0125550111
  • Encik Ahmad Nasyruddin - 0194266716
  • Encik Ahmad Fairuz  - 0194752101

Laporan Akhbar Tentang Persatuan






Numismatik ~ Nice Number

   Bicara Kali Ini, Galeria Utara Memperkenalkan Salah Satu Cabang Yang Amat Popular Dalam Numismatik, Iaitu Minat Numis Kepada Koleksi Number2 Yang Cantik (nice number)...Istimewa Bukan?

   Nice Number Ini Terbahagi Pula Kepada Beberapa Kategori Yang Lebih Terperinci & Mempunyai Nama Yang Tersendiri. Galeria Utara Menyenaraikan Beberapa Kategori Tentang Nice Number Ini (contoh number di sertakan) Untuk Rujukan Kita Bersama :-

  • Solid Numbers - 8888888 
  • Almost Solid Numbers - 8888881
  • One Digit Serial Number - 0000008
  • Lower Numbers - 0000088
  • Radar Numbers - 8908098
  • Repeat Numbers - 8989898
  • Ladder Numbers - 1234567 (up)
  • Ladder Numbers - 7654321 (down)
  • Partial Ladder Numbers - 12345630 
  • Progressive Set - 0000008, 0000088, 0000888
Kemungkinan Ada Pelbagai Lagi Kategori Tentang Nice Number Ini (sebab minat yang pelbagai) Yang Belum Di Senaraikan Di Sini. Galeria Utara Akan Panjangkan Senarai Ini Jika Ada Info Yang Lain.

Apa Yang Best Bila Simpan Nice Number???
   "Aura" Atau Feel Yang Di Rasa Ketika Membelek Album Nice Number Agak Unik Sebenarnya, Lain Dari Yang Lain ~ Tak Percaya??? Cubalah :)

   Jika Kita Terpandang Duit Lama2 Dengan Number2 Yang Cantik (nice numbers), Maka Kita Akan Kata "Wowww...Cantiknya Number"....Percaya Atau Tidak, Item2 Sebegini Pasti Akan Mahal Harganya Suatu Hari Nanti (rujuk gambar ) Walaupun Pada Masa Sekarang Masih Mudah & Murah Untuk Memilikinya)



   
       Simpan Jangan Tak Simpan ~ Makin Lama Makin Melambung Harganya

Ahad, 23 September 2012

Kedah - 1 Coagulant Unit December 1941 UNC - RARE

   Pada Zaman Penjajahan British Dahulu, Terdapat Cara Yang Agak Unik (kemungkinan kawalan urusniaga) Dalam Urusan Jual Beli Sesetengah Barang. Episod Ini Menceritakan Tentang Perlunya Kopun Untuk Membeli Cuka Getah (agaknya, pihak british sedia maklum bahawa cuka getah boleh menjadi senjata yang berbahaya kot?). Terdapat Pelbagai Variasi Coagulant Unit, Dari Negeri Kegunaannya Sehinggalah Sukatan Unit Itu Sendiri.

   Galeria Utara Memaparkan 2 Keping 1 Coagulant Unit Negeri Kedah Bertarikh December 1941, Dalam Keadaan (condition) UNC. Coagulant Kedah Ini Tergolong Dalam Kategori RARE & Harga Pasaran Semasanya Agak Tinggi Berbanding Coagulant Unit Dari Negeri2 Yang Lain...Meh Tengok Gambarnya !!!



Size 43mm x 51mm
Hanya Di Cetak Pada Muka Hadapan

Harga Pasaran Semasa                    VF        EF         UNC
1 Coagulant Unit 1940 - 1941          RM70   RM150   RM350
2 Coagulant Unit 1940 - 1941          RM75   RM150   RM400

Simpan Jangan Tak Simpan ~ Makin Lama Makin Tinggi Nilainya

Duit Saku @ Tabung Anda Akan Lebih Bernilai Jika...

   Boleh Di Katakan Hampir Semua Di Antara Kita Menggunakan Duit Syiling Setiap Hari...Atau Mempunyai Tabung Peribadi...Yang Mana Duit Syiling Lebihan Perbelanjaan Di Masukkan Dalam Tabung Ini Untuk Kegunaan Masa Depan. Ramai Juga Antara Kita Yang "Main Letak" Jer Duit Syiling Di Merata Rata Pelusuk Rumah...Tapi Tahukan Anda, Ada Di Antara Duit Syiling Kegunaan Harian KitaYang Bernilai Lebih Dari Nilai Mukanya?

   Disini, Galeria Utara Akan Senaraikan Duit Syiling Yang Bernilai Lebih Tinggi Dari Nilai Muka Untuk Kebaikan Kita Bersama (senarai akan di panjangkan dari masa ke semasa).

   Antara Syiling Yang Masih Boleh Di Dapati Di Dalam Edaran, Dalam Masa Yang Sama Berlegar Di Antara Tangan Ke Tangan Pengguna Dan Syiling Itu Menjadi Buruan Peminat Numismatik Malaysia. Syiling2 Tersebut Adalah :-


1 Sen ~ 1968 & 1970

5 Sen ~ 1971, 1977 & 1997

10 Sen ~ 1971, 1994 & 2003

20 Sen ~ 1969, 1970, 1971 & 1994

50 Sen ~ 1967, 1968, 1969, 1971, 1995

RM1 Keris ~ 1989 & 1994

(Merah = Hot Items)


            Gambar Diatas Menunjukkan Sekeping Syiling 20sen 1994 & 1970 (VF)

                   Harga Pasaran Untuk 20sen 1994 (VF) = RM10 - RM15 Sekeping
                   Harga Pasaran Untuk 20sen 1970 (VF) = RM20 - RM25 Sekeping

   Wow....Lumayan!!! Jika Anda Menjual Kepada Peniaga Numismatik, Jika Peniaga Itu Memberikan Anda 30% - 50% Dari Harga Pasaran Pun Masih Amat Berbaloi....Betul Tak???

   Namun, Anda Harus Berhati Hati Dengan Khabar Angin & Cerita Palsu Mengenai Tawaran Ribuan/Puluhan Ribu Ringgit Untuk Syiling Malaysia. Banyak Tawaran Pembelian Ini Terarah Kepada Syiling2 Yang Tidak Di Keluarkan Oleh Bank Negara Malaysia, Contohnya 50 Sen 2006... 

   Ketahuilah Fakta & Cerita Yang Sebenarnya...Anda Tidak Akan Terpedaya

  

                                    

Grading Untuk Wang Kertas / Banknotes

Grading Untuk Wang Kertas / Banknotes


UNCIRCULATED (UNC) -Sempurna.Mempunyai penjuru yang tajam,tiada kesan lipat.Tiada kepudaran warna.Kertas kukuh dan bersih.

ABOUT UNCIRCULATED (AU) -Kelihatan sempurna.Namun bahagian tengah atau penjurunya terdapat sedikit kesan lipat.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kesan calar.Tiada kepudaran warna.Permukaan bersih.

EXTREMELY FINE (EF) -Maksimum 3 kesan lipatan yang minor,atau 1 kesan calar.Mempunyai punjuru yang tajam.Tiada kepudaran warna.Permukaannya bersih.

VERY FINE (VF)-Terdapat beberapa kesan lipatan.Permukaan sedikit kotor,dan warnanya sedikit pudar.Penjuru mungkin terkoyak,tapi tidak dibahagian sisi.Masih mempunyai penjuru yang tajam.Kertas masih kelihatan keras.

FINE (F) -Terdapat banyak kesan lipat dan calar.Terdapat sedikit kotoran.Sisinya mungkin terkoyak sikit dan terdapat lubang staple atau lubang pin,tapi tidak ditengahnya.Warnanya masih kelihatan tapi tidak terang.

VERY GOOD (VG) -Penjuru koyak dan tidak tajam.Warna pudar.Terdapat lubang-lubang kecil,tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.

GOOD (G) -Permukaan koyak,mempunyai banyak kesan lipat dan calar yang kuat.Terdapat lubang-lubang,tapi tidak menjejaskan keseluruhan imej permukaan.Terdapat kesan contengan tulisan.

FAIR (FA) -Permukaan yang lenyai,koyak,kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.

POOR (P) -Permukaan yang lenyai,koyak,kotor dan kepudaran warna.Lubangnya lebih besar.Sebahagian besar daripada permukaan hilang.Terdapat contengan tulisan.Bahagian-bahagian disambung dengan selofan tape.

GRADING DUIT SYILING / COINS

GRADING DUIT SYILING / COINS

  • PF (PROOF ) - Duit syiling yang ditempa khas dan dibezakan dari corak bentuk yang terperinci biasanya permukaan syiling peruf berkilau bagaikan cermin. Peruf merujuk kepada cara penempaan dan bukan satu keadaan duit syiling.

  • BU (BRILLIANT UNCIRCULATED) - Kesan Sentuhan Yang Jelas / Kecacatan Di Kawasan Tumpuan Utama. Kilauan Mungkin Berkurangan
Rujuk : Slab Coins
  • UNC (UNCIRCULATED) - Tiada kesan kelusuhan tetapi mungkin memaparkan beberapa kesan sentuhan, dan permukan mungkin berbintik atau kehilangan sedikit kilauan.

  • AU (ABOUT UNCIRCULATED) - Kesan kelusuhan ringan di kebanyakan ciri-ciri tinggi. Sekurang-kurangnya setengah kilauan mungkin kelihatan.
Anda Berminat Dengan 1 Sen 1970?
  • EF (EXTREMELY FINE) - Kelusuhan ringan di keseluruhan reka bentuk tetapi kesemua ciri-ciri masih mendadak. Kesan kilauan masih kelihatan.

  • VF (VERY FINE) - Kelusuhan sederharna di ciri-ciri tinggi reka bentuk tetapi semua butir-butir reka bentuk lain masih jelas. tiada kekilauan.

Rujuk Link : Coins Grading Guide 

Contoh Coins Yang Mempunyai Grading Terbaik


Terduduk...Terkenang T_T

   Selalunya...Orang Tua Berpesan, "Barang Yang Lepas, Hai Jangan Di Kenang"..."Jika Di Kenang, Meranalah Badan"...

   Sudah Lumrah Alam, Masa Ada Jarang Di Peduli...Masa Sudah Tiada, Mengigau Termimpi Mimpi...Hwaaa Waaaa!!!

   Pada Kebanyakkan Orang...Ianya Tidak Membawa Apa Apa Erti...Namun Bagi Seorang Numis, Item Ini AMAT Bernilai Tinggi. Sekali Ia Pergi, Entah Bila Akan Kembali Merwarnai Album Koleksi Ini Lagi? Wujudnya Kurang Dari 100 Keping...Galeria Utara Sempat Menyimpan Buat Beberapa Ketika, Namun Sayang, Jodoh Tak Panjang...Ia Pergi Berkelana Jauh Nun Di Sana...Mencari Sang Adiwira Penakluk Buana...


  Inilah Dia, 1 Sen 1976 ~ Gangsa (Bronze)...Item Dambaan Peminat Numismatik
   


                                                 Mintage = Kurang Dari 100 Keping
                                                 Material = Gangsa (Bronze)
                           Harga Pasaran Semasa = RM2500 - RM3500 (GEF with Ori Luster)

   Namun Harus Di Ketahui, Terdapat 2 Variety 1 Sen 1976 Ini, Iaitu Variety Gangsa (Bronze) & Variety Keluli Di Salut Tembaga (Copper Clad Steel). Hanya Variety Gangsa Bernilai Tinggi.

   Bagaimanakah Nak Membezakan Antara Gangsa & Keluli Di Salut Tembaga Pada 1 Sen Ini? SENANG Ajer...Cuma Gunakan Magnet Untuk Mengenalpasti Yang Manakah Gangsa. Keluli Di Salut Tembaga Akan Melekat Pada Magnet...Dan Jika 1 Sen 1976 Anda Tidak Bertindak Balas (melekat) Pada Magnet....Wow Wow Wow....Wang Besar Pasti Muncul :)
   

SA - PULOH OH SA-PULOH DAN SAPULOH KEPALA AGONG

As Salam & Salam Sejahtera

Episod Ini, Galeri TMC Teringin & Teruja Untuk Menyelak Serta Mengupas Sedikit Sebanyak Tentang Isu Yang SUPER Hangat Dalam Hebahan Mulut Ke Mulut Sesama Masyarakat Kita, Iaitu Tentang SA - PULOH (SA-PULOH) Watermark Kepala Agong & SA - PULOH Watermark Kepala Harimau.


Cerita Ini Bukan Sahaja Berlegar Antara Masyarakat Kita Di Luar Sana, Ia Juga Sering Menjadi Topik Bualan Sesama Numist (geng yang hobinya suka akan koleksi duit)

Bila Ramai Yang Dok Bercerita, Mesti Ada Sebabnya Ni, Nak Tahu Jugalah...Layannnn

SA - PULOH Kepala Agong, Dikenali & Di Sebut - Sebut Sebagai Duit Mistik Penuh Misteri, Datangnya Dari Alam Ghaib, Cerita Ini Popular Sepanjang Zaman, Seringkali Ianya Menjadi Syarat Pertama Untuk Di Bawa Ketika Mengadakan Upacara Tarik Duit & Puja Nombor Ekor (Ngankung)...Alahaiii

Jom Shopping Duit Lama Dengan Galeri TMC @ Pro Niaga Truena - TMC :)

Kita Juga Sering Di Momokkan Dengan Pelbagai Cerita Tentang Kehebatan & Kuasa SUPER POWER SA - PULOH Ini, Cerita Tentang Keazimatan SA - PULOH Ini Di Turunkan Dari Generasi Ke Generasi, Dari Bapa Kepada Anak, Dari Tokwan Kepada Cucu...Masing - Masing Punya Gaya Cerita & Cara Penambah Perisa...Makin Lebih Perisa, Akan Lebih Sedap & Lebih Menarik Untuk Di Dengar...Penyudahnya, Apa Yang Terjadi???


Bercerita Tentang Harga Yang Di Tawarkan Untuk Belian, Selalunya OFFER Ini Datang Dari Kaki - Kaki Menurun & Para Pengamal - Pengamal Alam Mistik, Alam Sebelah Sana, Syyyyy...Jangan Pandang Bawah Talammmm, Pulut Kunyit Ayam Golek Sudah Sampai...Kekekeke

Selalunya, Kita Akan Terdengar (
dengan hebohnya) Sa-Puloh Watermark Kepala Agong Di Tawarkan Untuk Di Beli Pada Harga Yang Sangat Tinggi, Ada Tawaran Belian Kononnya Mencecah Puluhan Ribu Ringgit, Malah Ada Juga OFFER Belian Sehingga Ratusan Ribu Ringgit Untuk Sekeping Sa-Puloh....Betul Kah? Jika Betul, Terluas Mulut Ini Menyebut Wow! Sangat - Sangat Lumayan!!! Jual Duit SA - PULOH Lebih Untung Dari Jual Unta???

Klik $1 RM1 Permaisuri Agong Aishah - Misteri?

Dan Berita Ini Tersebar Ke Seluruh Pelusuk Malaysia, Baik Di Desa Mahupun Di Kota....Namun, Yang Di Cari Hanyalah Watermark Kepala Agong!!! Kenapa Hanya WATERMARK KEPALA AGONG Yang Di Offer Sebegitu Tinggi? Dan Juga, Kenapa Mesti Ada  Dua (2) Watermark??? Ada 2 Jenis Variety Cetakan Kah?

Antara SA - PULOH Kepala Agong vs SA - PULOH Kepala Harimau, Yang Mana Satukah Yang Betul?


Anda Mungkin Berminat Dengan $1 Satu Ringgit Lama KLIK Untuk Melihatnya

   Mari Kita Tengok Gambar Item Sa-Puloh Yang Hangat Itu



Muka Depan



Muka Belakang

Inilah Rupa Bentuk Sa-Puloh Yang "Hangat" Di Mulut Masyarakat Kita...Dengan Habuan Puluhan & Ratusan Ribu Ringgit...Betulkah? Atau Ini Hanya Dongeng Penglipur Lara? Jom Kita Selidik & Ketahui Fakta & Ceritanya....

SA - PULOH Adalah Wang Kertas Dengan Nilai Muka $10 (10 Ringgit) Keluaran Pertama Bank Negara Malaysia Pada Jun 1967. Saiz Ukuran 134mm x 80mm. 


Di Tandatangan Oleh Tun Ismail Mohd Ali. Di Cetak Oleh Thomas De La Rue. 
Terdapat Penggunaan Ejaan Lama Untuk "Sa-puloh", "Di-Perlakukan" & "Gabenor".

KLIK Gabenor Bank Negara Untuk Melihat Senarai Penuh Gabenor BNM

Dengan Berlandaskan Reka Bentuk Geometri Yang Di Susun Sebegitu Indah, Dan Potret DYMM Seri Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama Di Sisi Kanan Muka Depan & Sisi Kiri Terdapat Ruang Untuk Watermark, Manakala Lambang Bank Negara Malaysia Di Muka Belakang, Berlanskapkan Susunan Geometri Yang Dominan. Sangat Cantik!!!

Di Ruang Watermark, Di Tera Kepala Harimau. Tiada Watermark KEPALA AGONG
Yang Di Keluarkan Untuk Siri Ini. Jika Anda Terjumpa Di Pasaran Adanya Watermark Agong, Maka Wang Kertas Itu Telah Di Ubahsuai Watermarknya Atau Lebih Layak Di Panggil " Wang Modified aka Wang Palsu".

Sebab Banyak Orang Mencari, Maka Munculnya Lanun Ingin Cepat Kaya Yang Berusaha Memalsukan Duit Sa-Puloh Ini. Oleh itu, Galeri TMC Menyeru Kepada Semua, Hentikan Mencari SA - PULOH Watermark Agong, Kerana Semuanya PALSU Lagi Memalsukan!!!


Harga Pasaran Semasa Untuk Sa-Puloh :-


Prefix Pertama A/1 - RM180 VF - RM550 EF - RM750 UNC

Prefix A/2 - B/83   - RM65 VF - RM200 EF - RM320 UNC
Prefix Akhir B/84   - RM100 VF - RM270 EF - RM600 UNC
Replacement Prefix Z/1 - RM1100 VF - RM3000 EF - RRR UNC



*** picture yg lebih cantik, ehsan google

Semoga Dengan Adanya Perkongsian Post Ini, Di Harap Persepsi Masyarakat Kita Kepada Mistik & Alam Ghaib Yang Bersangkut Paut Dengan SA - PULOH Ini Akan Reda, Insya Allah

Jom Simpan Wang Kertas Ini ~ Makin Hari Makin Mahal Harganya


Kat Mana Nak Beli Duit Lama??? Kat SINI Ler 



"
"