Biasanya, di pagi hari...sambil pekena kopi secawan (ada hari lajak sampai seteko hahaha) dan nasi goreng sepinggan penuh kasih sayang dari air tangan sang isteri, TMC akan belek dan membaca suratkhabar untuk mengetahui serba sedikit berita semasa dan perkembangan terkini negara kita Malaysia serta liputan luar negara. Bab sukan pun baca juga la, kot-kot ada cerita pasal Manchester United hehe :p
The Malaysian Hobbies - Duit Lama Syiling Lama @ Numismalaya...Klik Di Sini
Suratkhabar pilihan TMC semestinya Harian Metro & Sinar, sedang leka dok belek...pandangan ini tersentak bila selak kolum "Setempat". Wajah yang memang kenal yang amat sangat sedang tersenyum terpampang di dalam dada akhbar. Wah!!! Sahabat TMC Encik Aman Shafrie masuk paper oooo...nasib baik tak tersembur kopi, kalau tak, nak kena beli paper lagi la untuk simpan :p
![]() |
Keratan Akhbar Harian Metro 2 Disember 2017 |
![]() |
Keratan Akhbar Harian Metro
2 Disember 2017
|
Kedai Numismatik TERBAIK Di Kedah...Klik Di Sini
Disini, ingin TMC merakam Tahniah buat Aman Shafrie, semoga terus sukses dalam hobi kita. Majulah numismatik untuk semua.
![]() |
Meriah Koleksi Aman Shafrie Foto Ehsan Harian Metro 2 Disember 2017 |
![]() |
Foto Ehsan Harian Metro 2 Disember 2017 |
![]() |
Ayam Ring Kedah - 7 Ring Tampang Negeri Pahang Koleksi Aman Shafrie Foto Ehsan Harian Metro 2 Disember 2017 |
Sempat lagi kalau nk pi cari paper ni buat koleksi :D
BalasPadamYa ya...cepat2 lah pergi beli, kolek banyak2 keratan akhbar yg berkaitan dengan hobi kita. Pasti menarik :)
PadamSaya Ada Duit lama Dan syiling lama sikit nak beli tak
BalasPadamSaya mempunyai Wang syiling lama zaman dinasti Qing..cina....berapa harga duit syiling Jenis ini
BalasPadamWow....sy ada duit siling lama dan duit kerts lama...berminat x?whtssp 0174922004
BalasPadamSaya mempunyai duit syiling merdeka 1 ringgit
BalasPadam