='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Selasa, 18 Disember 2012

$10 JIM - Propaganda Issue???

   Semasa Tentera Jepun Menyerang & Menawan Malaya, Duit Jepun Malaya Di Cetak & Digunapakai Sebagai Matawang Di Malaya Pada Ketika Itu Mengantikan Wang Kertas British

   Duit Zaman Penjajahan Jepun Di Malaya Ini lebih Di Kenali Dengan Panggilan "Duit Pokok Pisang" Oleh Orang Orang Kita...

   Dalam Misi British & Lain Lain Angkatan Bersenjata Yang Menentang Penjajahan Jepun Di Malaya, Pelbagai Jenis Propaganda Di Lakukan, Termasuklah Propanganda Yang Menglibatkan Wang Kertas Jepun Itu Sendiri.

   Kali Ini, Galeri TMC Membawakan Salah Satu Wang Jepun Yang Digunakan Sebagai Medium Propanganda Oleh Penentangnya. Info Awal Yang Di Terima Oleh Galeri TMC Adalah, Wang Kertas Ini Di Gunakan/Diberikan Kepada Angkatan Bersenjata Malayan People Anti Japannese Army (MPAJA) Untuk Menaikkan Semangat Ahli-Ahli Mereka Menentang Tentera Jepun.

   Galeri TMC Berusaha Mendapatkan Maksud/Makna Tulisan Cina Ini Kepada Bahasa Melayu, Jika Pembaca Yang Memahami Maksud Tulisan Ini, Minta Dikongsi Bersama Galeri TMC



1 Sen 1970 Malaysia - Berapa Harganya? Berapa Boleh Pergi?

Salam sejahtera,

Mungkin ramai yang tertanya - tanya syiling apakah yang bernilai tinggi di pasaran. Kan?

Untuk makluman tuan / puan, ada pelbagai kriteria yang memyebabkan sesuatu syiling tersebut bernilai tinggi, antaranya adalah disebabkan :-

1. Condition yang sangat baik (UNC / BU)
2. Mintage (pengeluaran) yang rendah/kurang/sedikit (juga dipanggil Keydate coins)
3. Kecacatan asal dari kilang (error coins)

Hari ini, TMC akan bercerita tentang Keydate coins yang Hot & digilai ramai kolektor syiling Malaysia. Suatu fenomena yang sangat menarik bilamana kolektor syiling Malaysia berlumba - lumba mencari syiling ini, sanggup menjelajah ke seluruh pelusuk negara demi mencari syiling ini yang dalam condition yang sangat baik (unc / bu). Malah tak kurang juga ramainya yang mencari di dalam tabung simpanan sendiri, sanak saudara dan rakan - rakan.

Syiling apa tu? Apakah keistimewaannya? Berapa boleh pergi? Mahal tak? --- ini antara contoh soalan yang kerap ditanyakan oleh orang ramai bila kita bercerita tentang syiling mahupun wang kertas. 

Inilah dia syiling yang TMC maksudkan (rujuk gambar)

Ya, 1 sen 1970 Malaysia, syiling negara kita yang popular sepanjang zaman.

Ditempa di Harburg Mint, Germany dengan mintage hanya 2.535 juta keping. Materialnya dari tembaga (copper).

Harga pasaran semasa untuk condition Unc RM250 keatas, manakala untuk yang berkondisi BU melebihi RM300 untuk setiap keping syiling ini.

Namun terdapat juga variety 1 sen 1970 dari material jenis copper clad steel (lekat magnet) yang sangat RARE (tidak diketahui jumlah tempaan nya) dan harganya melebihi RM1000 untuk setiap keping.

Hanya 2 jenis syiling Malaysia ditempa di Hamburg Mint, Germany, iaitu 1 sen & 20 sen 1970. Syiling 20 sen 1970 pun tergolong dalam Keydate coins & harganya pun boleh tahan tingginya :)

Selamat mencari ya, jika ada boleh emailkan gambarnya kepada TMC @ truenamalaya@gmail.com

Terima Kasih :)

Khamis, 13 Disember 2012

Duit Lama Syiling Lama - Galeri TMC


Duit Lama Syiling Lama - Galeri TMC


Mulai Hari Ini, Blog Galeria Utara Akan Di Kenali Dengan Nama Duit Lama Syiling Lama - Galeri TMC.
Harap Maklum Semua :)
"
"