Salam sejahtera,
Selalunya ramai yang bertanya, dimanakah tempat untuk menjual mahupun membeli duit lama / syiling lama di negara kita. Kadang kala kita ingin mengetahui nilai semasa koleksi duit lama syiling lama kita, walaupun tidak berhajat untuk menjualkannya. Siapakah yang boleh tolong kita untuk menilaikannya?
Koleksi Coke - KliklahSA-PULOH SAPULOH Kepala Agung - Klik Disini !!!
Kali ini TMC kongsikan dengan pembaca semua, khasnya orang Pulau Pinang & kawasan sekitarnya. Jika anda ingin menjual atau membeli duit lama syiling lama, anda bolehlah berkunjung ke Rope Walk Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang. Carilah sahabat TMC yang bernama Yusnizam Yusoff, atau lebih dikenali dengan panggilan manja sebagai Pak Yuih. Beliau berniaga Rope Walk Taman Selat setiap hari Sabtu & Ahad.
Sejarah Pitis Negeri Selangor - Klik Disini
 |
Pak Yuih (berbaju hitam) Bersama Pelanggan Setianya En.Halim
Rope Walk Taman Selat, Butterworth Penang |
 |
| Bergetar Tulang Rusuk TMC Bila Tengok Pak Ali CR72 |
 |
| Macam - Macam Adaaaa... |
 |
| Tudiaaa...Jenuh Pilih :) |
Selain koleksi duit lama dan syiling lama, Pak Yuih juga menjual aksessori numismatik, seperti plastik sleeve untuk wang kertas & coin holder juga lain - lain barangan antik / vintage.
F1 Sepang FINALE Medallions - Apa Ceritanya? Klik
 |
| Antara Barangan Jualan Pak Yuih |
 |
| Syiling Lama Pun Ada |
 |
| Koleksi Pak Yuih - Seringgit Ali Abul Hassan (Aishah) |
Pak Yuih juga di kenali sebagai "Tokan CR Penang" kerana beliau sering menjual & membeli duit kertas seringgit RM1 Ali Abul Hassan atau lebih di kenali ramai sebagai "Duit Aishah".
RM1 Ali Abul Hassan ini juga popular dengan nama CR atau CR72 (merujuk kepada prefixnya).
Beliau seorang yang peramah serta tidak lokek ilmu. Anda boleh bawa duit lama syiling lama anda untuk beliau tolong nilaikan.
Pak Yuih juga membeli duit lama syiling lama anda andai beliau berminat & tawaran harga yang sepatutnya.
Lady Diana Spencer - Masihkah Anda Ingat? Klik Disini
Datanglah beramai - ramai mengunjungi booth jualan sahabat TMC ini, selain dari berjual beli, anda boleh menjamu mata melihat koleksi Pak Yuih serta berkongsi pendapat & bertukar - tukar maklumat tentang hobi kita.
 |
| Pak Yuih Sedang Membantu Menilai Koleksi Pelanggannya |
 |
| Antara Pelanggan Setia Pak Yuih |
 |
| Pak Yuih Ramah Melayan Pelanggan Yang Bertanya |
 |
| Booth Pak Yuih Sentiasa Menarik Perhatian Orang Ramai |
Macam mana nak kenal Pak Yuih? Mudah sahaja, beliau sering (dah jadi trademark) memakai topi & beg silang...hahaha :p
 |
| Topi & Beg Silang Trademark Pak Yuih |
 |
| Bersama Kolektor Coin Card & Medallions Malaysia - En Nasri Kamil |
Semoga arena numismatik semakin bersinar di Malaysia...Wang Kita Warisan Kita :)