='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Jumaat, 30 Disember 2016

Duit Lama Pitis Negeri Kedah - Matawang di Zaman Kesultanan Melayu

As - salam & Salam Sejahtera 

Di zaman dahulu kala, negeri - negeri di Tanah Melayu mempunyai duit / matawang yang tersendiri mengikut negeri masing - masing.

Hari ini, TMC ingin berkongsi dengan tuan / puan matawang Kesultanan Melayu yang berdaulat, melalui keterangan bergambar yang dikeluarkan oleh Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia (MASDINAR).

Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia

Jom Kita Tengok...Pitis Negeri Kedah

Pitis Negeri Kedah (2 muka)
Diameter +/- 15mm
Di Tempa "Muhammad Shah" & "As-Sultan Al-Kedah"

Wahhh...menarik bukan? penuh karya seni yang indah. Teringin sangat TMC memilikinya untuk tatapan generasi akan datang.

Lagi Rujukan Matawang Kesultanan Melayu

Terima Kasih 

Isnin, 26 Disember 2016

SP Numismatics - Kedai Numismatik TERBAIK Di Kedah

As - salam & Salam Sejahtera

Sejak terbitnya artikel bertajuk (label) "Kedai Numismatik di Malaysia" baru - baru ini, email TMC (truenamalaya@gmail.com) banyak menerima pelbagai soalan / pertanyaan berkaitan lokasi kedai - kedai numismatik berhampiran kawasan / daerah para pembaca blog ini.

Seringgit Sign Aishah - Klik di Sini

Baik, atas permintaan para pembaca, kali ni TMC kongsikan sebuah kedai numismatik yang terbaik & tersohor di negeri Kedah, terletak di bandar Sungai Petani. Jom kita terjah...

Kedai Numismatik TERBAIK di Negeri Kedah

Tiga Tauke Bersatu
King Tam. MC Lok & Mr Neoh
For Sale - Tampang Negeri Perak

Kedai numismatik tersohor ini dinamakan SP Numismatics, dimiliki 3 orang sahabat baik iaitu Mr Neoh, King Tam & MC Lok. Lokasi kedai ini di SP Plaza (ground floor) Sungai Petani, Kedah.

Pelbagai koleksi menarik & Rare item tersedia menanti tuan / puan. Keramahan tauke - tauke ini ketika berbicara sangat mencuit hati para pengunjung kedai mereka.

Selain dari item - item numismatik, mereka juga menjual pelbagai jenis setem & first day cover (FDC) dari pelbagai negara. Barangan antik juga terdapat di kedai ini.

Ingin Menjadi Ahli Numismatik Yang Berdaftar? Klik Disini


Diatas ini adalah gambar King Tam, selain dari menjadi seorang penjual item numismatik, beliau sebenarnya seorang pengumpul tegar numismatik yang dihormati di Malaysia. Kita dapat melihat beliau dimana - mana sahaja event numismatik di seluruh negara. TMC sangat kagum dengan semangat numismatik yang beliau miliki. Syabas King Tam !!!

Marilah kita beramai - ramai mengunjungi SP Numismatics, anda pasti berpuashati dengan layanan baik & harga mampu milik yang ditawarkan oleh tiga tauke sahabat baik ini.

Catatan Paling Popular TMC

Episod seterusnya, TMC akan kongsikan kedai numismatik Terbaik & Tersohor yang terdapat di negeri Melaka. Nantikan kemunculannya...

Kedai Numismatik TERBAIK @ Shah Alam

Terima Kasih

Ahad, 25 Disember 2016

ALERT - JANGAN Beli Item - Item Ini, Barang Kes Pecah Rumah

As - salam & Salam Sejahtera

Minta kerjasama dari semua peminat / pengumpul / penjual numismatik kawasan utara tanahair agar ALERT dengan item - item numismatik yang disenaraikan disini. Item - Item ini adalah milik sahabat kita Mohd Radzi Ramli & Shah Alazwan, yang mana rumah mereka dipecah masuk pencuri pada 24 Disember 2016.

WANTED - Klik di Sini























Senarai item numismatik diatas adalah sebahagian kecil dari koleksi mereka yang dicuri, antara item yang hilang adalah :-


a. 2 album koleksi banknotes (isi penuh)
b. 3 album koleksi syiling lama (isi penuh)
c. Puluhan coin cards pelbagai jenis
d. Koleksi setem dan FDC
e. Buku & artikel numismatik
f. Poster - poster koleksi duit
g. Dan lain - lain item yang belum dikenalpasti

Duit Lama Orang Suka - Klik di Sini

Harap kita semua bersatu hati mengesan pelaku tersebut dengan memantau pergerakan jualbeli item - item seperti gambar diatas. Sila hubungi sahabat kita / polis jika anda mengesan hadirnya individu membawa item - item numismatik ini untuk dijual.

Terima Kasih

Rabu, 21 Disember 2016

Syiling Peringatan 50 Tahun FELCRA

As - salam & Salam Sejahtera

Hari ini (21 Disember 2016), Bank Negara Malaysia melancarkan syiling peringatan yang terbaru iaitu syiling peringatan Sambutan Jubli Emas FELCRA (1966 - 2016).

Dengar cerita, 9.00 pagi tadi, single proof dah sold out...bakal jadi antara Hot Item nanti ni :)



Single Proof

Coins Card


The Encyclopaedia of Dry Rubber Export Coupons (by Mr Saran Singh)


As - salam & Salam Sejahtera

Kepada para peminat kupon eksport getah, nantikan pelancaran buku The Enclopaedia of Dry Rubber Export Coupons hasil karangan Mr Saran Singh, juga dibantu oleh Mr Gilbert C. (alphaNumis.com) pada tarikh 8 Januari 2017, di acara lelongan Mynumist (Mr. Dickson Niew), bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

SA - PULOH Watermark Kepala Agung - Klik di Sini

Marilah kita datang beramai - ramai :)



Hard Cover
348 Pages


Selasa, 20 Disember 2016

Sejarah Lambang Bank Negara Malaysia (BNM)

Lambang Rasmi
Bank Negara Malaysia
 As - salam & Salam Sejahtera

Sejarah Lambang Bank Negara Malaysia (BNM)

Mari kita selak sejarah lambang kijang yang menjadi lambang rasmi Bank Negara Malaysia
(rujuk gambar disebelah)

Ada cerita & ada rahsia disebaliknya, jom kita singkap bersama - sama :)

Lambang kijang sebenarnya diambil dari lambang syiling wang "kijang" emas dari negeri Kelantan. (rujuk gambar dibawah)

Wang kijang emas ini dikaitkan dengan Permaisuri Che Siti Wan Kembang, pemerintah negeri Kelantan yang dipercayai memerintah dipertengahan abad ke-17.

Menurut ceritanya, pedagang - pedagang arab mempersembahkan seekor kijang kepada Permaisuri Che Siti Wan Kembang. Baginda Permaisuri sangat menyayangi kijang itu dan kemudian menggunakannya sebagai motif rekabentuk wang di zaman baginda.

Wang kijang emas ini sangat kecil, sesetengah daripadanya hanya sebesar kuku jari kelingking sahaja. Tidak dinyatakan tarikh keluaran pada wang kijang emas tersebut.

Sekeping wang kijang emas bernilai sekupang, iaitu lebih kurang 0.65 gram emas. Pada tahun 1850, sekeping wang kijang emas dapat membeli 4 ekor ayam kampung.

Pada tahun 1964, Bank Negara Malaysia telah memilih kijang sebagai lambang rasminya. Juga dimasukkan elemen matahari & bulan sabit seperti yang terdapat pada wang kijang emas Kelantan, yang melambangkan kuasa & pengaruh agama Islam

Wang Emas Kijang
Kelantan, Malaysia

Kami Membeli Sekeping Seringgit Lama Dengan Harga RM2500

As - salam & Salam Sejahtera

Ini OFFER belian yang betul-betul serius tau, bukan melawak, bukan cobaan dan bukan juga scam!

Jika tuan / puan punya RM1 Seringgit seperti dalam gambar, sila cepat-cepat emailkan gambar ke email TMC (truenamalaya@gmail.com) untuk diskusi urusniaga.

WANTED - TMC Sedia Untuk Membeli Pada Harga RM2500* Bagi Setiap Sekeping Duit Lama RM1 Ali Abul Hassan (seperti gambar diatas)

SA - PULOH Kepala Agung?  Klik di Sini

Jika tuan / puan tidak punya email, boleh letakkan number telefon tuan / puan di ruangan komen.

Sejarah Satu Ringgit - Klik di Sini

Terima Kasih 

*nilai harga belian bergantung kepada condition duit lama tersebut, RM2500 adalah offer belian untuk condition UNC

Skor 10A - PT3 2016 - TAHNIAH PUTERI NUR SYAZA

As - salam & Salam Sejahtera

Entri ini ditujukan KHAS untuk anakanda TMC, Puteri Nur Syaza diatas kejayaan yang sangat cemerlang dalam PT3 - 2016 dengan 10A (Alhamdullilah)

Abah sangat berbangga denganmu, teruskan usaha yang lebih gigih untuk terus maju & meraih kejayaan demi kejayaan di masa hadapan, inn sha Allah (aaminn)

Terima kasih buat para guru Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang sangat gigih & berkarisma dalam profesion anda.

Sekolah Seri Puteri...TERBAIK!!!

Puteri Nur Syaza
PT3 2016 - 10A
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Istimewa - Tampang Tampuk Manggis

Tampang Tampuk Manggis
Negeri Perak, Malaysia
As - salam & Salam Sejahtera

Koleksi Terbaik TMC 
Matawang Zaman Kesultanan Negeri Perak, Malaysia.

Tampang Tampuk Manggis (dijamin original)

Material : Timah
Tahun 1800-an

Jika tuan / puan berminat untuk membeli ataupun menjual, sila emailkan kepada TMC di alamat truenamalaya@gmail.com untuk rundingcara harga jualan & belian.

Terima Kasih :)

$10 10 Ringgit Kerbau Bajak - Duit Lama HOT - Dambaan Kolektor

As - salam & Salam Sejahtera

Dibawah  tajuk "Duit Lama HOT - Dambaan Kolektor" TMC akan mula membuka satu per satu cerita & rahsia duit lama yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pengumpul (collector) duit lama di Malaysia, Singapura & Brunei serta "oversea collector" dari lain - lain negara.

Atau kata lainnya, duit lama yang paling cepat laku untuk dijual. Mungkin duit - duit lama ini ada dalam simpanan anda, tapi anda tak tahu pun ianya sangat bernilai & digemari ramai pengumpul wang lama.

Item #1 yang TMC nak kongsikan dengan tuan / puan pembaca semua adalah 10 Ringgit Kerbau Bajak (sebutan nama popular dalam masyarakat kita). Rujuk gambar dibawah :-

Muka Depan
Muka Belakang
10 Ringgit Kerbau Bajak atau $10 Board of Commisioners of Currency Malaya and British Borneo ini dikeluarkan pada 1hb Mac 1961, iaitu 4 tahun selepas kita merdeka. Pada waktu itu, duit ini sahlaku digunakan di Persekutuan Tanah Melayu (FMS), Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei.

Duit Kerbau Bajak ini dicetak bagi mengantikan duit - duit keluaran Malaya, Singapura, Sabah (North Borneo), Sarawak & Brunei. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan duit kegunaan sebuah negara yang baru sahaja merdeka. Mungkin juga untuk memupuk semangat muhibah & perpaduan didalam kalangan rakyat negara/negeri gabungan terbabit.

Pada tahun 1967, Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan duit kertas & syiling Malaysia bagi mengantikan semua - semua duit yang dikeluarkan sebelum - sebelum itu.

Antara sebab kenapa duit Kerbau Bajak sangat HOT dan digemari ramai adalah kerana :-
1. Tempoh pengunaan yang singkat (1961 - 1967), bermaksud keluarannya pun terhad.
2. Melibatkan sejarah numismatik bagi 3 negara, iaitu Malaysia, Singapura & Brunei.
3. Tanda tamatnya penjajahan & penguasaan British di negara - negara yang terbabit.

Jika anda punya duit 10 Ringgit Kerbau Bajak ini, dan ingin menjualkannya, emailkan gambar kepada TMC (truenamalaya@gmail.com) kita bincang, harga munasabah pasti TMC akan beli :)

Nantikan sambungan episod #2 "Duit Lama HOT - Dambaan Kolektor"

Terima Kasih
"
"