='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Isnin, 10 Disember 2018

Exclusive Souvenier Pin @ MNS Auction #168

Salam sejahtera,

Semalam 9 Disember 2018, berlansungnya majlis MNS Auction #168, dimana majlis auction kali ini diadakan di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur sempena sambutan Jubli Emas (1968 - 2018) penubuhan Malaysia Numismatic Society (MNS).

Bersempena dengan itu juga, pihak MNS telah mengeluarkan souvenier Exclusive Pin edisi terhad (100 pcs shj). Souvenier ini laris jualannya bagaikan goreng pisang panas, dalam waktu yang singkat kesemua 100pcs ini habis terjual.

Exclusive Pin memaparkan logo MNS di bahagian atasnya. Dengan kemasan emas, terlihat sangat cantik sekali...


TMC sempatlah juga membeli beberapa pcs untuk koleksi diri sendiri & untuk dijual kepada rakan - rakan yang berminat memilikinya namun tidak berkesempatan untuk datang ke majlis auction kali ini.

Terbaik lah MNS 😍

- barang baik aku kepoh -
#BloggerKepoh

Unlisted Brunei Mint Set 1974 - Wallet Set

Salam Sejahtera,

Gembira dihati bila menang bid di MNS Auction #168 untuk item unlisted Brunei Mint Set 1974 (wallet set).

Ini kerana wallet set ini ditakrifkan sebagai RARE bilamana ianya tidak disenaraikan dalam katalog Steven Tan dalam bab syiling edaran negara Brunei Darussalam. Mudah kata, seperti tidak wujud, tapi ada 😊

Jom tengok gambarnya...




Comel dan gebu, saya suka 😍

- aku yang kepoh -
#BloggerKepoh

Ahad, 9 Disember 2018

Specimen China Banknote 1935

Salam Sejahtera,

Entah Kenapa Tetiba Hati Berputik & Tertarik Untuk Mula Mengumpul Wang Kertas Negara China Yang Telah Siap Di Grading.

Fokus Lebih Terarah Kepada Wang Kertas Lama Negara China Iaitu Keluaran Tahun 1998 & Kebawah.

Dan Paling Menarik, Baru - Baru Ini TMC Memenangi Bidaan Sekeping Wang Kertas "Specimen" Negara China Tahun 1935, Bernilai Muka 10 Cents Swatow, Kwangtung Provincial Bank. Telah Siap Grading Oleh PMG Dengan Skor 63 EPQ (Choice Uncirculated).

Uniknya, Wang Kertas Specimen China Ini, Bersiri Number 00000, Dicetak Perkataan SPECIMEN & Ditebuk 2 Lubang Tembus.

Ianya Dicetak Oleh American Bank Note Company (ABNC) - rujuk gambar dibawah



Wang Kertas "Specimen" Adalah Amat Bagus Untuk Dijadikan Koleksi. Ini Kerana, Boleh Dikatakan Hampir 90% Ahli Numist Sangat Teruja Mendengar Perkataan "Specimen" Itu Sendiri. 

Sering Kali, Wang Kertas "Specimen" Ditakrifkan Sebagai RARE Item Oleh Ahli Numismatik Seluruh Dunia.

Apa Itu Wang "SPECIMEN"

Wang Specimen Biasanya Dicetak Dalam Kuantiti Terhad Untuk :-

A. Bank Pusat Negara Lain Mengenali Wang Tersebut. 

B. Bank Komersial Membiasakan Diri Dengan Rekabentuknya 

C. Adakalanya Di Negara Tertentu, Wang Specimen Dijual Kepada Collector Dalam Bentuk Commerative Folder / Album

D. Ada Juga Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Orang Kenamaan (VVIP)

E. Kebiasaannya Ianya Dilabel Sebagai
SPECIMEN NO VALUE atau SPECIMEN atau CANCELLED atau Ditebuk Lubang.

F. Berserial Number Unik, Contohnya "00000000" atau "9999999" atau "1234567890"

- aku kepoh bila teruja -
#BloggerKepoh

Malaysia Numismatic Society - MNS Auction 168

Salam Sejahtera,

Malaysia Numismatic Society (MNS) Auction #168 pada 9 Dec 2018 di Sheraton Imperial KL Hotel, Jalan Sultan Ismail.

Pendaftaran & "Lot Viewing" - 9:30am, Auction mula pada pukul 10:30am


Anda boleh sertai MNS pada hari tu. Cuma daftar dan bayar RM80 (member baru) di kaunter pendaftaran pada 9:30am 9hb Disember dan bid di auction ni.

Untuk katalog softcopy, anda boleh download di laman web MNS mulai 30hb November 2018.

Laman web : www.mnsmalaysia.org

Harap Maklum.

Sabtu, 8 Disember 2018

Security Edge (SE) vs Milled Edge (ME)

Salam Sejahtera,

Janji Bukan Manifesto, Maka Wajib Ditunaikan...

Untuk Tajuk Ini, Saya Hanya Fokuskan Kepada Duit Syiling Malaysia Sahaja, Lupakan Dulu Perihal Syiling Malaya & British Borneo.

Maka Syiling Yang Terlibat Dalam Penghuraian Ini Cuma 50 Sen Malaysia Tahun 1967, 1968 & 1969 Sahaja.

Apa Itu Security Edge (SE) & Apa Pula Milled Edge (ME) ? Soalan Yang Kerap Diutarakan Oleh Pemain - Pemain Baru Numist / Duit Lama.

Untuk Melihat Perbezaan SE - ME
 Sila ZOOM Sisi / Rim Syiling

Security Edge (SE) = Sisi Sekuriti / Belah Tengah / Berlongkang / Berparit. Selalunya Sekeping Berharga Rm5 - RM10, Melainkan Tahun 1969, Harganya Sedikit Tinggi RM15 - RM30 Sekeping Walaupun Circulated Condition.

Namun Begitu, Syiling (SE) Berkondisi UNC / BU, Harganya Ratusan Ringgit Juga Sekeping.

Milled Edge (ME) = Bergeriji / Tanpa Sisi Sekuriti
Harga Pasaran (ME) Tahun 1967 & 1968 Circulated Condition Tidak Kurang RM1000 - RM1300 Sekeping. Untuk Tahun 1969, Harganya Lebih Mahal.

Direkodkan Di Singapura, Bertarikh 19 April 2014, Harga Lelongan Untuk 50 Sen 1968 (ME) Bergred NGC MS66 Terjual Pada Harga RM19942 (termasuk premium pembeli)

Juga Di Singapura, Bertarikh 4 Oktober 2014, Harga Lelongan Untuk 50 Sen 1969 (ME) Bergred NGC MS65 Terjual Pada Harga RM81846 (termasuk premium pembeli)

Wow...Siapa Kata Duit Malaysia Murah?

- aku kepoh bila harga meroket -
#BloggerKepoh



Duit Lama Syiling Lama - Berapa Berani Angkat? Berapa Boleh Pergi?

Salam Sejahtera,

Hari Ni Kita Baca Dialog Ajelah Ye 😊

Pelanggan : Saya Ada Duit Lama Tinggalan Atuk Nenek Saya Dulu, Berapa Berani Angkat? Berapa Boleh Pergi?

TMC : Duit Apa Ye? Syiling Atau Wang Kertas? Boleh Snap Gambar Depan Belakang?

Pelanggan : Syiling. Jap, Saya Snapkan

TMC : Ok...Nanti Upload Masuk Sini

Jeng jeng!!! (Berdebar gak rasa hati) 😂

Pelanggan : Sent!


Pelanggan : Saya Dah Tanya Orang Bank, 2 - 3 Ribu Juga Katanya. Berapa Boss Berani?  Up Sikit Saya On

TMC : Hmmmmm (sedang menyusun ayat agar tidak menusuk ke jantung nan berdegup kencang)

Maaf Encik, Saya Tak Berminat Untuk Membeli 50sen 1968 Belah Tengah (Security Edge (SE) Kata Orang Numist) Yang Dalam Circulated Condition Dengan Tanda Harga Yang Tinggi.

Begitu Juga Dengan 2 Keping Lagi Yang Saya Anggarkan Tahun 70an & 80an.

Circulated Condition Macam Ni Untuk 50sen 1967 & 1968 Belah Tengah (SE), Dalam Pasaran Orang Jual RM5 - RM10 Sekeping. Jika Ada "Parking Sale" (Jualan Longgok) Boleh Dapat Murah Lagi.

Harga Pasaran Milled Edge (ME) Ya Betul, Sekeping Ribuan Ringgit, Naik Turun Harganya Ikut Condition Duit Tersebut. Lebih Cantik, Makin Mahal.

Mungkin Pegawai Bank Yang Encik Tanya Tu Terkeliru Antara Security Edge (SE) & Milled Edge (ME).

Pelanggan : Oh Betul Ke? So Tak Jadi Beli La Ni? RM50 Sekeping Pun Tak Nak?

TMC : Tak Nak...Maaf 😊

Pelanggan : Milled Edge Tu Macam Mana Saya Nak Tahu?

TMC : Teruskan Follow Blog Saya, Inn Sha Allah, Senang - Senang Nanti Saya Tulis Pasal Security Edge (SE) vs Milled Edge (ME)

Pelanggan : Ok, Terima Kasih Boss

TMC : Sama - Sama

Sekian

- aku yang kepoh -
#BloggerKepoh



Jumaat, 7 Disember 2018

Permata Yang Telah Pergi - Part 2

Salam Sejahtera,

Selang 2 Hari Numist Malaysia Bersedih Kerana Kembalinya Mr.Rare Ke Rahmatullah, Kami Menerima Berita Yang Mengejutkan Lagi, Kali Ini Dari Posting Anak Abang Li, Memaklumkan Abahnya Rosli bin Ismail Telah Pun Selamat Dikebumikan...

Abang Rosli bin Ismail aka Tee Titol Le
Posting FB Dari Anak Allahyarham Rosli bin Ismail

Innalillahi Wainnailaihirojiun.

Dunia Numist Malaysia Bersedih Lagi Atas Pemergian Ke Rahmatullah Sahabat Numist Kita Abang Rosli Ismail (Abang Li) Atau Nama FBnya Tee Titot Le

Beliau Adalah Admin Kelab Coin Murah (KCM) Dan Beberapa Kelab Lainnya. Allahyarham Seorang Yang Amat Baik, Berbudi Bahasa Dan Amat Mudah Dalam Berurusan.

Semoga Roh Abang Li Dicucuri Rahmat Oleh-Nya Dan Ditempatkan Dalam Golongan Orang - Orang Yang Beriman. Aamiin ya rabbal a'lamin.

Bersamalah Kita Doakan Dan Sedekahkan Al - Fatihah Buat Arwah Abang Li.

Al - Fatihah (amin)

Salam Takziah Dari Kami



Permata Yang Telah Pergi - Part 1

Salam Sejahtera,

Rasanya Inilah Kejutan Paling Besar Sepanjang Tahun 2018. Tanggal 16 November, Seluruh Warga Numist Malaysia Tersentak Apabila Menerima Berita Sdr Md Rezauddin Ayob Atau Lebih Dikenali Dengan Nama Mr.Rare Telah Kembali Ke Rahmatullah.

Mr. Rare Dalam Kenangan
Patah Tumbuh, Hilang Sukar Dicari Ganti

Mr.Rare Sangat Terkenal Dipersada Numismatik Malaysia & Disekitar Negara Serantau, Allahyarham Dikenali Dengan Sifat Lemah Lembut Tika Berbicara, Ramah Serta Mudah Untuk Kami Semua Menimba Ilmu & Bertukar Pendapat.

Allahyarham Adalah Seorang Kolektor Tersohor Di Malaysia. Beliau Juga Merupakan Seorang Usahawan Numismatik Yang Begitu Aktif & Tekun. Sebut Sahaja Di Mana Money Fair, Pasti Kita Dapat Melihat Mr.Rare Team Ada Membuka Booth Niaga.

Mr.Rare & Che Lie

Kenangan Berniaga Di Seong Yong Motor, Melaka
Dari Kiri - TMC, Fadzli, Tristant Ng, Che Lie, Mr.Rare,Sepol, Shaq Kj & EryKeluang
Marilah Kita Sedekahkan Al - Fatihah Kepada Allahyarham Md Rezauddin Ayob. Semoga Rohnya Ditempatkan Dikalangan Mereka - Mereka Yang Beriman. Amin..

Salam Takziah Dari Kami Buat Sanak Saudara Mr.Rare

Permata Yang Telah Pergi - Part 3

Salam Sejahtera,

Dunia Numismatik Malaysia Dikejutkan Lagi Dengan Berita Seorang Sahabat Numist Telah Kembali Ke Rahmatullah...


 Patah Tumbuh, Hilang Sukar Dicari Ganti 

Diberitakan Allahyarham Iskandar Zulkarnain Pergi Mengadap Pencipta-Nya Pada Tanggal 1 Disember 2018 Nan Lalu. Mohon Sahabat Numismalaya Sedekahkan Bacaan Al - Fatihah Kepada Arwah. Marilah Kita Bersama Mendoakan Semoga Roh Allahyarham Ditempatkan Bersama Orang - Orang Beriman. Amin

Salam Takziah Dari Kami Untuk Keluarga Allahyarham.

Sedikit Info Tentang Allahyarham Iskandar Zulkarnain, Nama Beliau Mula Meniti Dari Bibir Para Numist Di Malaysia Pada Tahun 2011/12 Nan Lalu, Kerana Keghairahan & Keterujaan Beliau Mengumpul Duit Syiling Malaysia 50sen Tahun 1995 (Keydate). Kemudian, Minat Beliau Beralih Kepada Mengumpul Barang - Barang Antik & Buku - Buku Lama...

Barang Lama - Collector's Pick 5 2018

Salam Sejahtera,

Dia Mai Lagi...Kali Ni Lagi Best!!!


Ayuh Para Kolektor & Peminat Barangan Antik & Vintage, Toy's & Juga Lain - Lain Barangan Koleksi (duit lama pun ada juga kot?) Beramai - Ramai Kita Serbu Amcorp Mall @ Petaling Jaya, Selangor Hari Ini, Esok & Lusa (7hb - 9hb Disember 2018) Untuk Memeriahkan Suasana Collector's Pick 5, Hunting Tambah Koleksi Masing - Masing.

Jangan Berlengah Lagi, Orang Kedah Kata, Lambat Tinggai Kuah...

- senyum si kepoh -
#BloggerKepoh

Duit Lama Syiling Lama - Duit Lama India

Salam Sejahtera,

Rasa Teruja Bila Terima Kiriman Duit Syling Lama Negara India, Bercetak Kaligarfi Islamik Yang Sangat Cantik Penuh Berseni...


Cantik Kan?


Masih Jelas Tempaan nya...Sedap Mata Memandang

Info Tentang Syiling Lama India Ini #BloggerKepoh Masih Terkial - Kial Mencari, Setakat Hari Ini, Info Yang Di Terima Hanyalah Syiling Lama India, Dari Zaman Delhi Sultan - Giyath Al Din Tughloque, Bernilai Muka 4 Gani. Tiada Info Tentang Tahun Tempaannya.

Jika Pembaca Dari India Mahupun Dari Seluruh Dunia Yang Ada Info Lanjut Tentang Syiling Ini, Silakan Lah Kongsi Di Ruangan Komen. Terima Kasih

- Kepoh Ada Makna -
#BloggerKepoh

Duit Lama Syiling Lama - Penang Megamall (Prai) Money Fair

Salam Sejahtera,

Siang Nanti Akan Kembali Bermulanya Money Fair Terhangat Di Utara Tanah Air Negara Kita, Penang Megamall (Prai) Money Fair Anjuran Malayan Banknote Fair (MBF).



Seperti Biasa Money Fair Di Penang Megamall Berlansung Selama 3 Hari Iaitu Dari 7hb Sehingga 9hb Disember 2018.

Acapkali, Penang Megamall Money Fair Mendapat Sambutan Hangat Baik Dari Kalangan Penjual Mahupun Pembeli Serta Kolektor Yang Sanggup Datang Dari Seluruh Pelusuk Negeri Di Malaysia...

Marilah Kita Bersama Menghangatkan Penang Megamall Money Fair, Datanglah Dengan Membawa Sanak Saudara & Rakan Taulan Bagi Memeriahkannya...

- yang selalu kepoh -
#BloggerKepoh
"
"