='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Ahad, 3 Disember 2017

PANAS Panas PANAS !!! Duit Lama RM2 Kini Bernilai RM8888 Sekeping?

Salam sejahtera...

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, viral satu Malaysia tentang cerita harga duit lama RM2 kini bernilai RM8888 sekeping. Wow :)

Syiling Lama Malaysia Yang Bernilai Tinggi - Click to View

Dalam masa yang singkat, group facebook berkaitan duit lama di Malaysia dihidangkan dengan cerita-cerita panas ini. Pada masa yang sama juga, sebilangan admin-admin group facebook duit lama mula menerima private message (PM) pertanyaan tentang isu yang berkaitan. Tidak terkecuali, kami para blogger turut menerima e-mail pertanyaan tentang cerita yang sama.

Hebatnya kuasa internet tanpa sempadan, lebih pantas dari Mami Jarum baqhang :p


Apakah BENAR seperti apa yang di dakwa oleh admin pages ini?

Jika merujuk kepada gambar duit lama RM2 itu, adalah jelas ianya wang kertas Malaysia edaran siri kelapan (1996 - 1998) yang ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don. Berpandu kepada gambar, dapat dianggarkan wang kertas itu cuma berada dalam kondisi F (fine) - AVF (almost very fine) shj.

Nak Belajar ASAS Grading Wang Kertas? Klik Di Sini...

Untuk harga pasaran semasa bagi RM2 dalam kondisi begini, untuk prefix biasa cuma bernilai "face value" shj, melainkan prefix awal AA & prefix akhir DF36***** harganya berlegar dalam RM10 - RM20 sekeping.

Bagaimana Nak Grading Duit Syiling? Klik Di Sini Pulok...

Bagi prefix gantian pula, prefix ZA dan ZC harga pasaran semasanya dalam range RM15 - RM30 sekeping untuk wang kertas ini yang berada dalam kondisi F - AVF.

HANYA prefix gantian ZB harganya agak tinggi berbanding dengan lain - lain prefix, TMC anggarkan nilai pasaran semasa untuk RM2 ZB kondisi F - AVF berharga sekitar RM300 - RM500 (lebih banyak digit 0 nya, akan lebih tinggi nilainya)

Nak Beli / Jual Duit Lama? Di Sini Lokasinya...Kliklah

Namun begitu, jika number sirinya rendah (low number) contohnya AA0000001 atau number siri solid, contohnya AA8888888 sudah pasti harganya akan lebih tinggi. Begitu juga dengan duit CONTOH (specimen) keluaran khas Bank Negara Malaysia. Pun begitu, jarang sekali duit low number, solid number & CONTOH berada dalam kondisi F - AVF seperti gambar yang diviralkan itu.

Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu merungkai kekusutan anda. Tqvm kerana membaca (nasib baik tak suruh saya lukis :p)

3 ulasan:

  1. jika not rm2 brnombor awalan cq,berapa pulak harga nya?

    BalasPadam
  2. Saya ada duwit rm2 tm5 lama....
    01114896631

    BalasPadam
  3. Saya ada duit lama 2 ringgit siapa yang betmimat boleh pm saya d nombor 0178914121

    BalasPadam

"
"