='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Khamis, 17 April 2014

$1 RM1 Satu Ringgit Seringgit Aishah - Betul Ke Bohong?

As Salam & Salam Sejahtera

Pagi Ini #BloggerKepoh Ingin Membawa Anda Menyorot & Menyelami Dongengan Rakyat Tentang $1 RM1 Satu Ringgit Seringgit Tandatangan Aishah Yang Tersohor Di Bumi Malaysia. 😊

Ketahuilah Cerita Perihal Duit Aishah, Ianya Sangat Sensasi Dimulut Masyarakat, Malah Wujud Perbagai Versi Dongengannya Siap Dengan Penambah Perasa...Haihhh!!!

Namun, #BloggerKepoh Hanya Ingin Sentuh & Kupas 2 Versi Cerita Yang Paling Popular Sahaja...

Lepas Tu Baru #BloggerKepoh Singkapkan Fakta Numismatik Disebalik Kewujudan Duit Aishah Ini.

Anda Juga Mungkin Meminati SA - PULOH KEPALA AGONG


Shopping Duit Lama DI SINI KLIK LAH

Cerita Versi A - Konon Nya Wang Kertas Ini Datang Dari Alam Bunian, Alam Ghaib, Alam Sebelah Sana...

Khasiatnya Dikatakan Boleh Buat Tarik Duit & Membuatkan Anda Menjadi Orang Kaya Baru Dengan Sekelip Mata!!!

Wow...Begitu Hebatkah Kuasa Sekeping Wang Kertas?

Walaupun Ianya Menyimpang Dengan Ajaran Agama, Tetapi Masih Ramai Yang Yakin & Percaya Akan Cerita Karut & Tahyul Macam Ini. Nauzubillah, Macam - Macam Perangai Manusia Di Muka Bumi.

Upacara Tarik Duit
Lebih Parah, Ada Yang Taksub Wang Kertas Ini Punya Kuasa Mistik, Hinggakan Wakil Pembeli (ejen / orang tengah) Selalu Bertanya Ada "Khadam" Ke Tidak? Jika Ada "Khadam" Buyernya Sedia Membayar Harga Yang Berlipat Kali Ganda Dari Market Price, Atau Anda Sebutlah Berapa Pun Harga Jualan Anda...Wow!!!

Macam Mana Nak Jawap Tu? Dan Macam Mana Nak Tahu Ada Khadam Ke Tidaknya?

Fyi, Khadam Merujuk Kepada Jin aka Penjaga Duit. Katanya, Senang Ajer, Letak Duit Tu Dibawah Bantal Masa Nak Tidur Di Malam Hari, Jika Berkhadam, Ia Akan Menjelma Dalam Mimpi...🙄🙄🙄

Punggahhh, Abis Lingkup Duit #BloggerKepoh Kalo Buat Macam Ni. Belinya Belum Tentu, Risiko Duit Downgred Siapa Mau Tanggung? Aiyaaaa...Ini Macam Punya Olang Pun Ada, Kasi Pening Kepala Sahaja...Huhuhu

Selingan - Untuk Pengetahuan Semua, Ahli Numist Sangat Sayang Akan Koleksi Mereka, Lagi - Lagi Item Yang RARE, Ditatangnya Bagai Minyak Yang Penuh Sebelanga, Demi Menjaga Condition Koleksi Mereka Agar Sentiasa Tip Top Sepanjang Masa. So Jika Anda Punya Sanak Saudara / Rakan Taulan Yang Minatnya Kepada Numismatik, Berhati - Hatilah Ketika Membuka & Membelek Album Koleksinya...Dan Jangan Sesekali Minta Pinjam Item Koleksi Beliau Untuk Diletakkan Dibawah Bantal Tidur Anda...Hahaha

Dah - Dah, Jom Kembali Kepada Cerita Versi A Tadi Tu...

Upacara Ngankung Kangkung

Bukan Itu Sahaja, Antara Lain Khasiatnya Duit Aishah Ini, Dikatakan Mampu Menjadi Medium Perantaraan Untuk Upacara Ngankung Atau Bahasa Mudahnya Menurun Nombor Ekor. Tudiaaaa Betoi Ka Paklong? Betoi Ka Mamu? Betul Ke Ane? Ala Betul Ke Ah Soh?

Rasanya Semua Tak Percaya Kot Nooo? Tapi Hanya Kerana Nak Cepat Kaya Dengan Mudah, Halal & Haram Di Letak Tepi, Pejam Pi La Mata Sat Ye Dak? Mana Tahu Kalo Betul - Betul Masyukkk...

Namun Dalam Banyak - Banyak Cerita Yang Didengar, Selalunya Yang Kena Tiaw, Yang Dipersalahkan Bila Upacara Tarik Duit & Menurun Nombor Ekor Tak Jadi, Semuanya Dihalakan Kepada Pelanggan, "Antara Kamu Ni, Ada Hati Yang Sangsi & Curiga", "Salah Seorang Dari Kamu Ada Yang Langgar Syarat & Pantang" & Lain - Lain Alasan Dari Tok Bomoh, Tok Bomoh Tak Salah & Tak Silap Juga...Kebal Gitu. Wakaka

Deyyy Macha, Kalau Itu Bomoh Pandai Tarik Duit, Dia Bikin Sendiri La Tiap - Tiap Malam, Buat Apa Bagi Sama Lu Orang!!! Ayoyoyo Kadawaley!!!

Klik $1 Duit Lama

Keratan Akhbar Bukti Wujud Amalan Tarik Duit

Betulkah Duit Aishah Ini Boleh Buat Tarik Duit & Menurun Nombor Ekor? Jengggg...Jenggggg (muzik suspen)

Atau Hangpa Dah Kena Tipu Kot Bang Non?
Tok Bomoh Pau Duit Pengeras Banyak Mana Dah? Hahahaha

Inilah Duit Yang Dikatakan Dari Alam Sebelah Sana


Permaisuri Aishah
  Takpa, Kita Biar Pi Dulu Segala Kisah & Cerita Versi Ini Berlalu Di Tiup Angin Sang Bayu....

Meh Kita Dengar Pulak Cerita Versi B.

Adakah Cerita Versi B Semistik & Semisteri Serta Setahyul Cerita Versi A ?

Jangan Biarkan Diri Anda Di Selubungi Misteri, Jangan Pandang Belakang Lagi, Jom Kita Selak...

Cerita Versi B - Duit Ini Sangat Istimewa & Sangat Jarang Sekali Di Temui, Jika Adapun Hanyalah Di Tangan Kerabat - Kerabat Raja, VIP & Dif - Dif Kehormat, Serta Di Tangan Kolektor Yang Poket Penuh Sahaja, Ini Kerana Ianya Sangat Ekslusif Disebabkan Duit Ini Di Tandatangani Oleh Permaisuri Agong Aishah, Maka Ianya Menjadi Item Dambaan Ramai Kolektor Dari Dalam & Luar Negara. Hari Demi Hari, Harganya Menjadi Semakin MAHAL.

Hmmm, Cerita Versi B Ini Agak Unik & Logik Juga Jika Di Bandingkan Dengan Cerita Versi A Tadi Yang Ntahapahapa Tu...Tapi Betulkah Permaisuri Agong Aishah Yang Sign Diatas Duit Ini?

Di Malaysia Ni, Kebiasaannya Signature Gabenor Bank Negara Malaysia Aje Yang Akan Terpampang Di Muka Depan Duit Malaysia (melainkan jika kita sign sendiri hehehe). Jika Benar Duit Permaisuri Agong Yang Sign, Memang Gempaklah, Dan Memang RARE Lah...#BloggerKepoh Pun Nakkkk :)


Sign Permaisuri Aishah Ke Tu?
Sebelum Nak Percaya Akan Sesebuah Cerita, Kita Haruslah Siasat Akan Kesahihan & Kebenarannya 1st, Jika Ianya Melibatkan Dengan Duit Ringgit, Bank Negara Malaysia Adalah Tempat Rujukan Yang Paling Sesuai, Ohhh, Tak Boleh Pergi Sebab Jauh Dari Rumah Ye? Googlekan Aje Laman Web Rasmi BNM & Emailkan Lah Pertanyaan Anda...Senang Kan?

Tak Perlu Berlengah Lagi, Mari Kita Terjah Mencari Fakta & Kebenaran Tentang Duit Singgit Aishah Ini...Yang Mana 1 Yang Betul, Cerita Versi A Kah? Atau Cerita Versi B Kah Yang Betul? Atau Kedua - Dua Versi Di Atas Hanya Auta Semata - Mata...Orang Kedah Kata, Kena Muhong Kering - Kering!!!

Pertama, Kita Rujuk Senarai Lengkap Gabenor Malaysia (Klik Di SINI @ BNM) Dari Dulu Hingga Sekarang, Tunggu Jap #BloggerKepoh Upload Potretnya...

Haaa...Tengok & Perati Betul - Betul...Apakah Tipah Tertipu Bangggg!!!

Gabenor BNM Sejak 1959 - Semasa

Lihat Gabenor Keenam (No.6), Beliau Adalah Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Tempoh Perkhidmatan Dari September 1998 - April 2000. Di Bawah Tu Sign Dia La, Sign Yang Orang Dok Kata Aishah Tu...Arghhhhh, Betul Ke Ni? Ya, Betul, Tidak Syak Lagi!!!

Maka, Cerita Versi A = Auta, Dan Cerita Versi B = Bohong.

Cerita - Cerita Itu Hanyalah Spekulasi Masyarakat Yang Terlalu Mudah Membuat Kata Putus & Senang Di Adu-Dombakan Oleh Mereka - Mereka Yang Tak Bertanggungjawab.

Silap - Silap Haribulan, Tok Bomoh Pun Ada Buku Rujukan Perihal Duit Malaysia, Sebab Tu Dia Minta Hangpa Cari Item - Item Yang Payah Jumpa, Yang Tak Ada Keluaran & Yang Tahunnya Tak Wujud...Hahaha

Kalo Nak Beli Buku Rujukan Duit Malaysia, WhatsApp La Saya...Nuuuu Nombor Henpon Ada Kat Bawah. (dan iklan lg tu 😂)

Dah Jelas Tentang Duit Aishah? Kalau Dah Jelas, Maka Selepas Ini, Jangan Lagi Dok Percaya Duit Aishah (Ali Abul Hassan) Ni Mai Dari Alam Ghaib & Punya Kuasa Mistik Ye, Jauhilah Diri Kita Dari Kepercayan Yang Khurafat & Amalan Yang Syirik. Hehehehe

Errrr...Nak Tanya Lagi, Jika Bukan Permaisuri Agong Aishah Yang Sign, Kenapa Pula Harga Pasaran Duit Ini Sangat Mahal???
Sebenarnya, Edaran Duit Ali Abul Hassan Ini Di Tarik Kembali Oleh BNM Di Sebabkan Pada Masa Itu Zeti Aziz Telah Pun Di Lantik Menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia. Secara Klisenya, Rekabentuk Duit Keluaran Baru Haruslah Memamparkan Tandatangan Gabenor Yang Menjawat Jawatan Itu, Namun Apa Yang Terjadi, Sign Ali Abul Hassan (yang telah melepaskan jawatan gabenor) Telah Tercetak Pada Duit Tersebut. Sungguhpun Arahan Penarikkan Balik Di Hebahkan, Namun Di Beritakan Bahawa Sebuah Bank Di Pulau Pinang Sudah Pun Terlepas Mengedarkan Duit Ini Sebanyak 50,000 Keping Ke Dalam Pasaran (ketika hampir sambutan hari raya cina)

Klik Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Dalam Dunia Numismatik (hobi kolet duit), Item -Item Yang Di Tarik Balik Edarannya Adalah Menjadi Rebutan Semua Pemain - Pemain Numismatik Itu Sendiri, Permintaan Untuk Membeli Sangat Banyak & Supply Yang Ada Sangat Kurang, Maka Harganya Akan Melambung Tinggi, Bagai Di Lambung Oleh Ombak Tsunami.

Hari Ni, Kita Kena Sediakan Duit Berkepok - Kepok Untuk Memiliki Sekeping Duit Ali Abul Hassan Ini, Atau Lebih Di Kenali Dengan Panggilan CR atau CR72 (merujuk akan prefixnya)


Insya Allah, Jika Ada Masa Nan Terluang, #BloggerKepoh Akan Membuat Entri Baru (yang lebih detail & penuh fakta) Tentang CR Ini. Nantikan Sambungan Nya Yer...


CR - Item Terhangat Sepanjang Zaman 


Shopping Bersama Galeri TMC  Di Sini --- KLIK LAH Terima Kasih :)


Pray For MH370 Doakan MH370 & Visit Malaysia Year 2014

Visit Malaysia Year 2014



As Salam & Salam Sejahtera

Lupakan Sebentar Tentang Numismatik, Lupakan Sekejap Dari Hunting Coins & Banknotes, Rancanglah Percutian Bersama Keluarga & Mereka - Mereka Yang Tersayang :)




Galeri TMC Support Tahun Melawat Malaysia 2014, Post Ini Tanda Sokongan Kepada Negara Yang Tercinta. Marilah Para Pembaca Blog Ini Lapangkan Masa Anda & Bercutilah Ke Malaysia, Banyak Tempat - Tempat Menarik Penuh Warna Warni Di Bumi Malaysia Ini...Jemput Datang Ya :)



Kita, Rakyat Malaysia, Luangkanlah Sedikit Masa Anda Untuk Pergi Bercuti Di Dalam Negara, Hilangkan Penat Lelah, Releasekan Tension Kerja, Bawalah Keluarga Melancong Dalam Negara...


Marilah Melancong Ke Malaysia...Macam - Macam Ada




Datang & Bergembiralah Di Bumi Bertuah Ini...Nikmatilah Saat - Saat Romantis Anda Di Sini



Nikamatilah Hari - Hari Riang Anda Di Sini


Beristerehatlah Dengan Tenang Penuh Kedamaian


Malaysia Truly Asia ~ Tempat Yang Paling Ideal Untuk Bercuti & Melancong Bagi Anda


Malaysia Berjaya Dalam Pelbagai Penganjuran Sukan Berprestij Tinggi, Usah Berlengah Lagi...Melanconglah Ke Malaysia


Selamat Datang Ke Malaysia


Penuh Warna Warni



Pelbagai Specis Hidupan Liar


Datanglah & Lawatilah Malaysia
Terima Kasih 


Rabu, 16 April 2014

$1 Satu Ringgit Seringgit Lama Malaysia Siri Kedua

Sambungan...

Klik $1 Siri Pertama Untuk Melihat Cerita Sebelumnya (baru tak pening kepala)

Entri Ini Menceritakan Tentang Siri Kedua (Siri Ke-2) Wang Kertas Lama Malaysia, Jom Kita Lihat Apa Bezanya Berbanding Dengan Siri Pertama...Layannnn

Siri Kedua Bermula Dari Tahun 1972 - 1976



Rupabentuk Wang Kertas Siri Pertama Malaysia

Size 121mm x 63mm

Di Tandatangani oleh Ismail Mohd Ali (Gabenor Ke-2 Malaysia)

Di Cetak oleh Bradbury Wilkinson

Watermark Kepala Harimau

Ejaan Baru "DIPERLAKUKAN" & "GABENUR"


Klik Kenali Gabenor Bank Negara Malaysia Untuk Melihat Senarai Gabenor BNM

Ya, Inilah Dia Rupabentuk & Senireka Wang Kertas Malaysia Siri Kedua, Nampak Saling Tak Tumpah Seperti Siri Pertama, Masih Dengan Tandatangan Tun Ismail, Cuma Sedikit Ubahsuaian Ejaan DIPERLAKUKAN & GABENUR (Klik $1 Siri Pertama Untuk Membuat Perbandingan). Untuk Pengetahuan Semua, Wang Kertas Siri Kedua Ini Agak Sukar Di Temui Dalam Pasaran Berbanding Dengan Siri Pertama (dalam kondisi UNC), Pelik Gak Ye?


Prefix Yang Terlibat Dalam Siri Kedua & Harga Pasaran
Prefix Pertama D/4 - UNC RM280 - RM350
Normal Prefix D/5 to E/53 - UNC RM50 - RM70
Prefix Akhir E/54 - UNC RM300 - RM400
Replacement Prefix - TIADA

*** Nilai Yang Di Tunjukkan Di Atas Adalah Harga Anggaran Peribadi Galeri TMC Untuk Harga Pasaran Semasa Wang Kertas Yang Berkondisi UNC, Harganya Akan Berkurangan Seiring Dengan Kondisi Wang Kertas Tersebut. Kemungkinan Harga Yang Di Jual Di Luar Sana Sedikit Mahal / Murah (+/-) Berbanding Nilai / Harga Anggaran Galeri TMC

Simpanlah Sekeping Dua Buat Kenangan, Jika Boleh (mampu) Pilihlah Yang Berkondisi UNC, Selain Lebih Memberikan Kepuasan, Ianya Juga Menjamin Harga Yang Sentiasa Meningkat & Adanya Permintaan Untuk Belian, Dengan Syarat Kena Simpan & Jaga Dengan Betul, Jangan Beli Mahal - Mahal, Pastu Campak Merata Rata Yer, Sebab Setiap Kejatuhan Grad Wang Kertas Datang Bersama Kejatuhan Nilai Pasarannya...Maka Berhati - Hatilah Selalu, Beli Plastik Sleeve & Banknotes Album, Elakkan Bersentuhan Secara Terus Kepada Permukaan Baknotes (lebih - lebih lagi di permukaan yg berwarna putih & cerah). Klik Grading Banknotes Untuk Mengetahui Tahap - Tahap Grading Yang Digunapakai Di Malaysia.


Siri Ketiga (Siri Ke-3) Akan BERSAMBUNG Dalam Entri Berikutnya, Rajin - Rajinlah Ikuti Perjalanan Blog Galeri TMC Ini Untuk Mengetahui Info Seterusnya, Adios :)

Pray For MH370 - Doakan MH370


As Salam & Salam Sejahtera


Di Kesempatan Ini, TMC Ingin Menyelitkan Mesej Bagi Mengajak Kita Semua Untuk Terus Berdoa Akan Keselamatan Para Penumpang & Anak - Anak Kapal MH370. Teruskanlah Panjatkan Doa Untuk Mereka, Doakan Juga Keselamatan & Kesejahteraan Krew SAR (search & rescue) & Aset - Aset Yang Terlibat. Semoga Di Permudahkan Segala Urusan Mereka Di Laut Lepas Sana...

Ayuh Malaysia, Ayuh Seluruh Warga Dunia, Bersama Kita Berdoa Untuk MH370




Ayuh Malaysia, Ayuh Seluruh Warga Dunia, Bersama Kita Berdoa Untuk MH370




Ayuh Malaysia, Ayuh Seluruh Warga Dunia, Bersama Kita Berdoa Untuk MH370 



Ayuh Malaysia, Ayuh Seluruh Warga Dunia, Bersama Kita Berdoa Untuk MH370


Harap Akan Terungkai Segala Misteri Kehilangan Ini, Harap Segera Terjawab Segala Persoalan Yang Sering Menerjah Lubuk Hati...Dan Harap Semuanya Selamat...Insya Allah (amin)


Krew SAR, Jangan Henti Berharap, Teruskan Usaha Gigih Kalian...Terima Kasih



Satu Ringgit $1 Seringgit RM1 Duit Lama Malaysia Siri Pertama

As Salam & Salam Sejahtera

Paparan Hari Ini Mengajak Kita Menjenguk Semula Wang Kertas Malaysia Dari Siri Pertama Hinggalah Siri Ke-6, Mungkin Entri Ini Biasa - Biasa Sahaja Bagi Kalangan Numist, Tapi #BloggerKepoh Percaya Masih Ramai Di Luar Sana Yang Tidak Tahu Akan Ceriteranya, Terutama Golongan Muda. Apapun Meh Kita Tengok & Berceritera Sikit Sebanyak Ye :)


Berpandukan Gambar Diatas, Bolehkah Anda Kenal & Nyatakan Mana Satukah Siri Pertama? Dan Yang Manakah Siri Ke-4? Yang Mana Pula Siri Ke-6 Nya? Camna Nak Kenal Siri - Siri Ni? Nampak Sama Jer, Sikit Sangat Jer Pun Bezanya...Betul Dak? Haaaa...Walaupun Sikit, Ianya Penuh Dengan Rahsia & Ceriteranya, Juga Mengambarkan Tinggi Rendah Harga Pasarannya (part harga pasaran, semua mesti minat kan? hehehe)

Jomlah, #BloggerKepoh Perincikan Lebih Detail Satu Per Satu...Moga Cepat Faham :)

Siri Pertama - Bermula Dari Tahun 1967



Inilah Dia Si Jali - Jali, Rupabentuk Wang Kertas Siri Pertama Malaysia

Size 121mm x 63mm

Di Tandatangani oleh Ismail Mohd Ali (Gabenor Ke-2 Malaysia)

Di Cetak oleh Bradbury Wilkinson

Watermark Kepala Harimau

Ejaan Lama "DI - PERLAKUKAN" & "GABENOR"


Klik Gabenor Bank Negara Malaysia Untuk Menyemak Senarai Penuh Gabenor BNM

Prefix Yang Terlibat Dalam Siri Pertama & Harga Pasaran Nya
Prefix Pertama A/1 - UNC RM500 - RM800
Normal Prefix A/2 to D/2 - UNC RM50 - RM80
Prefix Akhir D/3 - UNC RM300 - RM400
Replacement Prefix Z/1 - UNC RM1700 - RM2000

*** Nilai Yang Di Tunjukkan Di Atas Adalah Harga Anggaran Peribadi #BloggerKepoh  Untuk Harga Pasaran Semasa Wang Kertas Yang Berkondisi UNC, Harganya Akan Berkurangan Seiring Dengan Kondisi Wang Kertas Tersebut. Kemungkinan Harga Yang Di Jual Di Luar Sana Sedikit Mahal / Murah (+/-) Berbanding Nilai / Harga Anggaran #BloggerKepoh 


Dah Kenal Duitnya, Nak Kenal Gabenor Yang Tandatangan Kat Duit Tu Pulak Kan? Haaa..Nilah Dia Orangnya...Mailah Kenal - Kenal Dengan Beliau :)

Nama : Tun Ismail bin Mohamed Ali
Gabenor Ke-2 Bank Negara Malaysia
Tempoh Perkhidmatan Dari Julai 1962 hingga Julai 1980

Beliau Adalah Anak Melayu, Malaysia Pertama Yang Di Lantik Menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia...Wow!!!

Di Lahirkan Pada Tarikh Keramat 16 September 1918 Di Pelabuhan Klang, Selangor. Beliau Merupakan Abang Kepada Toh Puan Siti Hasmah Mohamed Ali, Iaitu Isteri Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Mahathir bin Mohamad.

Mendirikan Rumahtangga Bersama Toh Puan Maimunah Binti Abdul Latiff. Beliau Telah Meninggal Dunia Pada Tanggal 19 Julai 1998 & Di Kembumikan Di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Beliau Sangat Berjasa Dalam Mencorak Profesionalisme & Perkhidmatan Serta Akauntabiliti Sebuah Institusi Kewangan Kepada Negara Semuda Malaysia Ketika Itu. Syabas & Terima Kasih Tun Ismail, Jasa Mu Begitu Besar Buat Malaysia Nan Terchenta Ini...Salute!!!

Jika Di Teliti Potret DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman, Yang Terdapat Di Sebelah Kanan Muka Depan Wang Kertas Malaysia, Seakan - Akan Pereka Coraknya Mengambil Sudut Pandangan Dari Potret Ini. Betulkah? Atau Hanya Kebetulan Sahaja?


Hargailah Warisan Negara Kita, Jika Bukan Anda, Siapa? Jika Tidak Sekarang, Bila? Simpanlah Walau Sekeping Setiap Siri Wang Kertas Negara Kita Ini, Untuk Tatapan Generasi Akan Datang, Dan Simpanlah Yang Berkondisi UNC, Agar Kita Dapat Lihat & Belek Ciri - Ciri Istimewa & Kehalusan Seninya...Kan?

SIRI KE-2, BERSAMBUNG DALAM ENTRI SETERUSNYA, Klik $1 Siri Kedua Untuk Membaca Entri Seterusnya

Jumaat, 11 April 2014

Demam Coins Grading (slab) Melanda Malaysia


As Salam & Salam Sejahtera

Demam Ini Bukan Sebarang Demam...Demam Ini Demam Yang Berjangkit!

Namun, Demam Ini Lain Macam Sikit Peelnya, Jika Dapat Grad Tinggi (MS65 keatas) Demam Menjadi "Virus Senyum Ke Telinga" :p ...Akan Tetapi, Jika Result Slab Keluar Dapat Grad Rendah (tak dapat MS atau pun sekadar AU Detail) Demam Bertukar Menjadi "Bakteria Masam Mencuka"...Hehehehe

Inilah Hakikat Yang Terjadi, Ianya Semakin Serius Melanda Dunia Numismatik Malaysia, Semakin Ramai Yang Demam...Dan Semakin Ramai Yang Menjadi "Gila" Akan Slab Coins...Ianya Satu Fenomena Yang Sangat Mengujakan...Situasi Semasa Dunia Numismatik Malaysia Menunjukkan Peningkatan Bilangan Kolektor Yang Mula Memburu Slab Coins, Termasuklah Galeri TMC Sendiri...Hehehe

Anda Mungkin Berminat Dengan $1 Satu Ringgit Lama

Di Malaysia, NGC & PCGS Adalah Dua Penyedia Servis Slab Yang Paling Popular, Berpusat Di US Sana, Namun Itu Bukanlah Halangan Bagi Kolektor Di Malaysia Menghantar Coins Kesayangan Mereka Untuk Di Slabkan, Walaupun Kos Yang Di Tanggung Begitu Tinggi (servis charge + kos pos pergi & balik + insuran) & Masa Menunggu Yang Agak Lama (berdebar - debar menanti result keluar, cam tunggu result SPM lak ye :) ) Namun Ianya Tetap Berjaya Menambat  Hati Kolektor - Kolektor Seluruh Malaysia Untuk Menongkah Arus Keluar Dari Kepompong Yang Lama (sekadar simpan dalam coins holder & grading by diri sendiri). Pada Pendapat Peribadi Galeri TMC, Ini Adalah Satu Langkah Yang Bijak Demi Mencari Kepuasan & Ketenangan FIkiran Di Masa Depan. Anda Bagaimana???

Kenapa Semakin Ramai Yang Mengejar Slab Coins???
Ini Kerana Coins Yang Telah Siap Di Slab BEBAS Dari Item Palsu & Item Diubahsuai (modified) . Apatah Lagi Jika Mendapat Grad Yang Tinggi, Harganya Mencanak Naik Berkali - Kali Ganda Dari Harga Pasaran Semasa. Di Tambah Pula Ianya Sangat Mudah Untuk Di Jual, Segala - Galanya Tampak Profesional, Dengan Paparan Grad Coins Yang Jelas, Dapat Membuatkan Pembeli Tidak Lagi Merasa Was - Was, Ianya Juga Memberikan Keyakinan Yang Tinggi Kepada Penjual...Maka Urusniaga Pun Menjadi Lancar & Memudahkan Kedua - Dua Pihak. Beli Pun Senyum, Jual Lagi Lah Muka Ada Senyummmm :p

Slab Coins Juga Dapat Membuatkan Kita Tidur Lena (dari rasa bimbang terbeli coins palsu mahupun coins yang telah di modified). Ini Kerana Penelitian Yang Jitu Dari Pihak Penyedia Slab Menyaring Coins Yang Di Hantar Untuk Dislabkan, Coins Palsu & Coins Yang Telah Di Modified (samada mengurangkan/menambahkan) Tidak Di Terima Untuk Di Slabkan Oleh Badan - Badan Penyedia Servis Ini. Maka Ianya Menjadi Lebih Selamat Untuk Di Miliki.

 Dan Sebagai Contoh, Coins 50sen 1967 Ini, Berkondisi UNC (tanpa slab) Harga Pasarannya Sekitar RM300 Ke Bawah Sahaja, Namun Bila Di Hantar Slab & Kembali Pulang Bersama Grad MS65, Harga Jualannya Tidak Kurang Dari RM700 (kemungkinan lebih tinggi)...Berbaloi Tak Hantar Slab??? Berbaloi Atau Tidak Adalah Terpulang Kepada Citarasa Sendiri..Kan?


Namun Begitu, Masih Ramai Yang Kekal Setia & Suka Coins Meraka Berada Dalam Coin Holder Sahaja, Dan Di Masukkan Dalam Kovensional Coins Album, Klasik Gitu (samalah macam Galeri TMC). Kekadang, Coin Yang Di Masukkan Dalam Coin Holder Lebih "Stim" Untuk Di Belek...Terpulang Kepada Minat & Kecenderungan Seseorang, Yang Penting Kita Happy & Enjoy Dengan Hobi Kita Ini, Mengikut Acuan & Selera Diri Sendiri...Caiyokkk Babeh (y)

Sebagai Rujukan Untuk Semua, Galeri TMC Lampirkan NGC Grading Scale, Semoga Kita Lebih Faham & Mengerti Istilah - Istilah Yang Di Gunapakai Oleh Penyedia Servis Slab Coins.




Klik NGC Promo Video Untuk Lebih Faham Tentang Slab Coins

Adios Cikaro...Semoga Bertemu Lagi Di Episod Yang Mendatang, Segalanya Yang Sensasi Hanya Terdapat Di Sini...Thanks

Ingat Numismatik, Ingatlah TMC ~ Truena Malaya Collections...Macam - Macam Adaaaaaa...kekeke

Pray For MH370 Doakan MH370

Rabu, 9 April 2014

Kalendar Duit Lama Kesultanan Melayu, Malaysia - Edisi Terhad

Riang Ria Di Hati Galeri TMC Takala Mendengar Jawatan Kuasa Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia (MASDINAR) Sepakat Memutuskan Untuk Mengeluarkan Kalendar 2014 Edisi Terhad Ini. Ianya Sangat Sesuai Di Framekan Untuk Menghiasi Ruang Tamu Rumah Kita. Galeri TMC Percaya, Hanya Segelintir Pemuda Pemudi Generasi X & Y Yang Mengetahui Akan Rupa Bentuk Duit - Duit Lama Warisan Kita, Yang Melambangkan Ketamadunan Bangsa Serta Kedaulatan Tanah Airnya. Kenal & Ketahuilah Ceriteranya, Kerana Kita Adalah Survival Pencerita, Sebelum Ianya Semakin Hilang Dalam Kehidupan Generasi Akan Datang!

KLIK MASDINAR Untuk Mengenali Dengan Lebih Dekat Lagi Akan Persatuan Kita

Nak Tengok Kalendar Istimewa Ini? Jom Jom Jom...Jom Havoxx Havoxxx! :)


Tak Kenal Maka Tak Chenta, Kenalilah, Hayatilah, Anda Pasti Terpesona

Jika Berminat Untuk Memilikinya, Boleh Hubungi (Sms/WhatsApp) Galeri TMC @ 019 - 450 8227.
Selagi Stok Masih Ada (EDISI TERHAD)

Keghairahan Kolektor Malaysia Kepada Parlimen Coins (1st Series)

As salam & Salam Sejahtera

Episod Ini Galeri TMC Mengupas Sedikit Sebanyak Tentang Keghairahan Komuniti Numismatik Malaysia Kepada Parlimen Coins (Malaysia 1st Series 1967 - 1988). KENAPA Ya?

Keghairahan & Keterujaan Para Numist Malaysia Untuk Memiliki Parlimen Coins Berkondisi UNC & BU Menyebabkan Peningkatan Mendadak Harga Pasarannya Dalam 3 Tahun Kebelakangan Ini. Acapkali Adanya Penawaran Jualan Parlimen Coins, Ianya Mendapat Sambutan Yang Amat Menggalakkan Dari Peminatnya. Dalam Pemerhatian Galeri TMC, Kenaikan Harga Meningkat Saban Bulan, Berganti Tahun Semakin Tinggi Harganya. Nak Untung Kita Jual, Tapi Nak Beli Semula...Perghhhh, Koyak Poket Lorrrr...

Untuk Pengetahuan Semua, Parlimen Coins (1st Siri) Bermula Dari Tahun 1967 Sehingga 1988, Mempunyai Tanda Tempaan GC Di Bahagian Bawah Reka Corak Bangunan Parlimen, Merujuk Kepada Designernya Geoffrey Colley (Warga UK) - namun terdapat juga coins yang tidak mempunyai tanda tempaan GC (atas pelbagai sebab) ~ harganya berkali ganda lebih mahal dari yang ada tanda tempaan.

Parlimen Coins Itu Sendiri Terdapat Beberapa Ciri Pilihan Yang Menarik Minat Kolektor, Antaranya Keydate Coins (tahun2 tertentu), Berdot Atau Tidak, Luster Putih Atau Bertoning, Error Mint, Dan Sebagainya Yang Menjadi Pemangkin Kenaikan Harga Pasaran.

Dan Semakin Ramai Kolektor Malaysia Menyimpan Parlimen Coins Walaupun Apapun Cirinya, Keydate Atau Tahun - Tahun Bukan Keydate Pun Sudah Mula Di Kolek Dengan Banyaknya Asalkan Dalam Kondisi UNC & BU, Kerana Kebanyakkan Mereka Mula Sedar Yang Parlimen Coins Semakin Sukar Untuk Di Temui Dalam Pasaran, Jika Adapun, Harganya Kian Meningkat & Semakin Meningkat...

Dan, Alkisahnya Pun Bermula, Semakin Ramai Kolektor Membida Serta Membeli All Nation Coins (Malaysia 1st Series) Untuk Di Kopek Dari Foldernya, Natijahnya Yang Terjadi = Harga Folder All Nation Coins Pun Makin Meningkat & Meningkat Lagi...Huhuhu

Sudahkah Anda Mula Menyimpan Parlimen Coins Berkondisi UNC atau BU? Jika Belum, Cepat - Cepatlah Lengkapkan Koleksi Anda, Kerana...Makin Di Tunggu, Makin Rasa Tak Mampu...Kat Mana Nak Beli? Senang Ajer, Boleh Call / SMS Galeri TMC @ 019 - 450 8227 :) Hehehe



Selasa, 8 April 2014

Galeri TMC Kembali Daaaa...

As Salam & Salam Sejahtera...

Lama Benar Galeri TMC Diam Bertapa Dari Membuat "Post" Dalam Blog Duit Lama Syiling Lama - Galeri TMC Ini Kan? Biasalah, Memasuki Fasa Hidup Yang Baru, Segalanya Perlu Disesuaikan Mengikut Rentak Masa & Persekitaran.


Insya Allah, Galeri TMC Akan Kembali Memeriahkan Suasana Dengan Entri - Entri Baru Yang Lebih Berinformasi & Sensasi Mengenai Dunia Numismatik Malaysia...Macam - Macam Adaaaaaaaa Ceriteranya :)



2014 Ini Hadir Bersama Kejutan Buat Warga Numismatik Malaysia, Dengan Kembalinya Tokoh Numismatik Malaysia Yang Tersohor, Abang Ishar Latif Ke Rahmattullah. Beliau Di Kenali & Di Segani Ramai Kerana Ilmunya Yang Sangat Mendalam Mengenai Numismatik Malaysia, Khasnya Dalam Segmen Dunia Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia. Beliau Sangat Senang Di Dekati, Peramah Serta Tidak Lokek Ilmu, Pada Galeri TMC, Beliaulah Seorang Mentor, Seorang Sifu, Seorang Guru & Seorang Ayahanda Kepada Penggiat Numismatik Di Malaysia. Jasamu Akan Di Kenang Duhai Sifu...Marilah Kita Bersama Menghadiahkan Al - Fatihah Buat Arwah, Semoga Beliau Di Tempatkan Di Kalangan Mereka - Mereka Yang Soleh & Beriman (amin)





Salam Takziah Dari Galeri TMC Kepada Seluruh Sanak Saudara & Rakan Taulan Arwah..Harap Semuanya Tabah






Senarai Penuh Gabenor Bank Negara Malaysia Dari 1959 - Terkini

Entri Ini, Galeri TMC Tidak Banyak Mencoret Kata, Biarlah Potret Bercerita...Karena Potret - Potret Ini Bisa Berbicara :) (elehhhh, malas nak taip ler tu :p )


Signature Siapakah Di Wang Kertas Anda? Tak Kenal Maka Tak Chenta, Beleklah, Tengoklah & Ketahuilah...

Errkkkk, Dalam Senarai Diatas, Takde Pun Nama & Potret Aishah, Bukankah Aishah Yang Sign Kat Duit Singgit Yang Mahal Tu (merujuk kpd CR72) ? Di Manakah Aishah, Kenapa Taknak Letak Dalam Senarai Tu??? Hahahaha, Untuk Pengetahuan Semua, Aishah Tidak Pernah Menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia, Sedetik Pun Tidak Pernah. Jangan Keliru Dengan Signature Ali Abul Hassan Ye...Kekekeke

Sehingga Hari Ini, Hanya Seorang Wanita Sahaja Yang Menjawat Jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tidak Lain & Tidak Bukan, Ianya Adalah Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.


Anda Mungkin BERMINAT Dengan Entri Ini, Kliklah $1 Lama Siri Pertama - Ke-6 



"
"