Boleh Di Katakan Hampir Semua Di Antara Kita Menggunakan Duit Syiling Setiap Hari...Atau Mempunyai Tabung Peribadi...Yang Mana Duit Syiling Lebihan Perbelanjaan Di Masukkan Dalam Tabung Ini Untuk Kegunaan Masa Depan. Ramai Juga Antara Kita Yang "Main Letak" Jer Duit Syiling Di Merata Rata Pelusuk Rumah...Tapi Tahukan Anda, Ada Di Antara Duit Syiling Kegunaan Harian KitaYang Bernilai Lebih Dari Nilai Mukanya?
Disini, Galeria Utara Akan Senaraikan Duit Syiling Yang Bernilai Lebih Tinggi Dari Nilai Muka Untuk Kebaikan Kita Bersama (senarai akan di panjangkan dari masa ke semasa).
Antara Syiling Yang Masih Boleh Di Dapati Di Dalam Edaran, Dalam Masa Yang Sama Berlegar Di Antara Tangan Ke Tangan Pengguna Dan Syiling Itu Menjadi Buruan Peminat Numismatik Malaysia. Syiling2 Tersebut Adalah :-
1 Sen ~ 1968 & 1970
5 Sen ~ 1971, 1977 & 1997
10 Sen ~ 1971, 1994 & 2003
20 Sen ~ 1969, 1970, 1971 & 1994
50 Sen ~ 1967, 1968, 1969, 1971, 1995
RM1 Keris ~ 1989 & 1994
(Merah = Hot Items)
Gambar Diatas Menunjukkan Sekeping Syiling 20sen 1994 & 1970 (VF)
Harga Pasaran Untuk 20sen 1994 (VF) = RM10 - RM15 Sekeping
Harga Pasaran Untuk 20sen 1970 (VF) = RM20 - RM25 Sekeping
Wow....Lumayan!!! Jika Anda Menjual Kepada Peniaga Numismatik, Jika Peniaga Itu Memberikan Anda 30% - 50% Dari Harga Pasaran Pun Masih Amat Berbaloi....Betul Tak???
Namun, Anda Harus Berhati Hati Dengan Khabar Angin & Cerita Palsu Mengenai Tawaran Ribuan/Puluhan Ribu Ringgit Untuk Syiling Malaysia. Banyak Tawaran Pembelian Ini Terarah Kepada Syiling2 Yang Tidak Di Keluarkan Oleh Bank Negara Malaysia, Contohnya 50 Sen 2006...
Ketahuilah Fakta & Cerita Yang Sebenarnya...Anda Tidak Akan Terpedaya
Numismatics * Philately * Antique & Unique * Toy's & Metal Diecast * Poster & Sign * Sports * Sampul Duit Raya * Travel * Food & Bevarages * Movie & Drama * Old Document * Sultanates Collections * Autograph * Book * Perfume * Botology * Metal Detector * Petroleum * Coke Pepsi F&N A&W McD Milo Nescafe * Tabung * Old Photo * Stars of Malaysian Collectors * Memorabilia * Token & Coupon * Cigarette & Tobacco
Klik Tanda Sokongan Tqvm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Maaf nak tanya.sy ada duit rm1 keris 1994
BalasPadamlaku ka duit ni
kena check balik duit-duit syiling dalam tabung ekekek
BalasPadam