='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Selasa, 18 Disember 2012

1 Sen 1970 Malaysia - Berapa Harganya? Berapa Boleh Pergi?

Salam sejahtera,

Mungkin ramai yang tertanya - tanya syiling apakah yang bernilai tinggi di pasaran. Kan?

Untuk makluman tuan / puan, ada pelbagai kriteria yang memyebabkan sesuatu syiling tersebut bernilai tinggi, antaranya adalah disebabkan :-

1. Condition yang sangat baik (UNC / BU)
2. Mintage (pengeluaran) yang rendah/kurang/sedikit (juga dipanggil Keydate coins)
3. Kecacatan asal dari kilang (error coins)

Hari ini, TMC akan bercerita tentang Keydate coins yang Hot & digilai ramai kolektor syiling Malaysia. Suatu fenomena yang sangat menarik bilamana kolektor syiling Malaysia berlumba - lumba mencari syiling ini, sanggup menjelajah ke seluruh pelusuk negara demi mencari syiling ini yang dalam condition yang sangat baik (unc / bu). Malah tak kurang juga ramainya yang mencari di dalam tabung simpanan sendiri, sanak saudara dan rakan - rakan.

Syiling apa tu? Apakah keistimewaannya? Berapa boleh pergi? Mahal tak? --- ini antara contoh soalan yang kerap ditanyakan oleh orang ramai bila kita bercerita tentang syiling mahupun wang kertas. 

Inilah dia syiling yang TMC maksudkan (rujuk gambar)

Ya, 1 sen 1970 Malaysia, syiling negara kita yang popular sepanjang zaman.

Ditempa di Harburg Mint, Germany dengan mintage hanya 2.535 juta keping. Materialnya dari tembaga (copper).

Harga pasaran semasa untuk condition Unc RM250 keatas, manakala untuk yang berkondisi BU melebihi RM300 untuk setiap keping syiling ini.

Namun terdapat juga variety 1 sen 1970 dari material jenis copper clad steel (lekat magnet) yang sangat RARE (tidak diketahui jumlah tempaan nya) dan harganya melebihi RM1000 untuk setiap keping.

Hanya 2 jenis syiling Malaysia ditempa di Hamburg Mint, Germany, iaitu 1 sen & 20 sen 1970. Syiling 20 sen 1970 pun tergolong dalam Keydate coins & harganya pun boleh tahan tingginya :)

Selamat mencari ya, jika ada boleh emailkan gambarnya kepada TMC @ truenamalaya@gmail.com

Terima Kasih :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"
"