As - salam & Salam Sejahtera
Dibawah tajuk "Duit Lama HOT - Dambaan Kolektor" TMC akan mula membuka satu per satu cerita & rahsia duit lama yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pengumpul (collector) duit lama di Malaysia, Singapura & Brunei serta "oversea collector" dari lain - lain negara.
Atau kata lainnya, duit lama yang paling cepat laku untuk dijual. Mungkin duit - duit lama ini ada dalam simpanan anda, tapi anda tak tahu pun ianya sangat bernilai & digemari ramai pengumpul wang lama.
Item
#1 yang TMC nak kongsikan dengan tuan / puan pembaca semua adalah 10 Ringgit Kerbau Bajak (sebutan nama popular dalam masyarakat kita). Rujuk gambar dibawah :-
 |
Muka Depan |
 |
Muka Belakang |
10 Ringgit Kerbau Bajak atau $10 Board of Commisioners of Currency Malaya and British Borneo ini dikeluarkan pada 1hb Mac
1961, iaitu 4 tahun selepas kita merdeka. Pada waktu itu, duit ini sahlaku digunakan di Persekutuan Tanah Melayu (FMS), Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei.
Duit Kerbau Bajak ini dicetak bagi mengantikan duit - duit keluaran Malaya, Singapura, Sabah (North Borneo), Sarawak & Brunei. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan duit kegunaan sebuah negara yang baru sahaja merdeka. Mungkin juga untuk memupuk semangat muhibah & perpaduan didalam kalangan rakyat negara/negeri gabungan terbabit.
Pada tahun
1967, Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan duit kertas & syiling Malaysia bagi mengantikan semua - semua duit yang dikeluarkan sebelum - sebelum itu.
Antara sebab kenapa duit Kerbau Bajak sangat HOT dan digemari ramai adalah kerana :-
1. Tempoh pengunaan yang singkat (1961 - 1967), bermaksud keluarannya pun terhad.
2. Melibatkan sejarah numismatik bagi 3 negara, iaitu Malaysia, Singapura & Brunei.
3. Tanda tamatnya penjajahan & penguasaan British di negara - negara yang terbabit.
Jika anda punya duit 10 Ringgit Kerbau Bajak ini, dan ingin menjualkannya, emailkan gambar kepada TMC (
truenamalaya@gmail.com) kita bincang, harga munasabah pasti TMC akan beli :)
Nantikan sambungan episod
#2 "Duit Lama HOT - Dambaan Kolektor"
Terima Kasih