='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Selasa, 20 Disember 2016

$10 10 Ringgit Kerbau Bajak - Duit Lama HOT - Dambaan Kolektor

As - salam & Salam Sejahtera

Dibawah  tajuk "Duit Lama HOT - Dambaan Kolektor" TMC akan mula membuka satu per satu cerita & rahsia duit lama yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dikalangan pengumpul (collector) duit lama di Malaysia, Singapura & Brunei serta "oversea collector" dari lain - lain negara.

Atau kata lainnya, duit lama yang paling cepat laku untuk dijual. Mungkin duit - duit lama ini ada dalam simpanan anda, tapi anda tak tahu pun ianya sangat bernilai & digemari ramai pengumpul wang lama.

Item #1 yang TMC nak kongsikan dengan tuan / puan pembaca semua adalah 10 Ringgit Kerbau Bajak (sebutan nama popular dalam masyarakat kita). Rujuk gambar dibawah :-

Muka Depan
Muka Belakang
10 Ringgit Kerbau Bajak atau $10 Board of Commisioners of Currency Malaya and British Borneo ini dikeluarkan pada 1hb Mac 1961, iaitu 4 tahun selepas kita merdeka. Pada waktu itu, duit ini sahlaku digunakan di Persekutuan Tanah Melayu (FMS), Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei.

Duit Kerbau Bajak ini dicetak bagi mengantikan duit - duit keluaran Malaya, Singapura, Sabah (North Borneo), Sarawak & Brunei. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan duit kegunaan sebuah negara yang baru sahaja merdeka. Mungkin juga untuk memupuk semangat muhibah & perpaduan didalam kalangan rakyat negara/negeri gabungan terbabit.

Pada tahun 1967, Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan duit kertas & syiling Malaysia bagi mengantikan semua - semua duit yang dikeluarkan sebelum - sebelum itu.

Antara sebab kenapa duit Kerbau Bajak sangat HOT dan digemari ramai adalah kerana :-
1. Tempoh pengunaan yang singkat (1961 - 1967), bermaksud keluarannya pun terhad.
2. Melibatkan sejarah numismatik bagi 3 negara, iaitu Malaysia, Singapura & Brunei.
3. Tanda tamatnya penjajahan & penguasaan British di negara - negara yang terbabit.

Jika anda punya duit 10 Ringgit Kerbau Bajak ini, dan ingin menjualkannya, emailkan gambar kepada TMC (truenamalaya@gmail.com) kita bincang, harga munasabah pasti TMC akan beli :)

Nantikan sambungan episod #2 "Duit Lama HOT - Dambaan Kolektor"

Terima Kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"
"