='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Ahad, 9 Disember 2018

Specimen China Banknote 1935

Salam Sejahtera,

Entah Kenapa Tetiba Hati Berputik & Tertarik Untuk Mula Mengumpul Wang Kertas Negara China Yang Telah Siap Di Grading.

Fokus Lebih Terarah Kepada Wang Kertas Lama Negara China Iaitu Keluaran Tahun 1998 & Kebawah.

Dan Paling Menarik, Baru - Baru Ini TMC Memenangi Bidaan Sekeping Wang Kertas "Specimen" Negara China Tahun 1935, Bernilai Muka 10 Cents Swatow, Kwangtung Provincial Bank. Telah Siap Grading Oleh PMG Dengan Skor 63 EPQ (Choice Uncirculated).

Uniknya, Wang Kertas Specimen China Ini, Bersiri Number 00000, Dicetak Perkataan SPECIMEN & Ditebuk 2 Lubang Tembus.

Ianya Dicetak Oleh American Bank Note Company (ABNC) - rujuk gambar dibawah



Wang Kertas "Specimen" Adalah Amat Bagus Untuk Dijadikan Koleksi. Ini Kerana, Boleh Dikatakan Hampir 90% Ahli Numist Sangat Teruja Mendengar Perkataan "Specimen" Itu Sendiri. 

Sering Kali, Wang Kertas "Specimen" Ditakrifkan Sebagai RARE Item Oleh Ahli Numismatik Seluruh Dunia.

Apa Itu Wang "SPECIMEN"

Wang Specimen Biasanya Dicetak Dalam Kuantiti Terhad Untuk :-

A. Bank Pusat Negara Lain Mengenali Wang Tersebut. 

B. Bank Komersial Membiasakan Diri Dengan Rekabentuknya 

C. Adakalanya Di Negara Tertentu, Wang Specimen Dijual Kepada Collector Dalam Bentuk Commerative Folder / Album

D. Ada Juga Untuk Dijadikan Hadiah Kepada Orang Kenamaan (VVIP)

E. Kebiasaannya Ianya Dilabel Sebagai
SPECIMEN NO VALUE atau SPECIMEN atau CANCELLED atau Ditebuk Lubang.

F. Berserial Number Unik, Contohnya "00000000" atau "9999999" atau "1234567890"

- aku kepoh bila teruja -
#BloggerKepoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"
"