='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Sabtu, 8 Disember 2018

Security Edge (SE) vs Milled Edge (ME)

Salam Sejahtera,

Janji Bukan Manifesto, Maka Wajib Ditunaikan...

Untuk Tajuk Ini, Saya Hanya Fokuskan Kepada Duit Syiling Malaysia Sahaja, Lupakan Dulu Perihal Syiling Malaya & British Borneo.

Maka Syiling Yang Terlibat Dalam Penghuraian Ini Cuma 50 Sen Malaysia Tahun 1967, 1968 & 1969 Sahaja.

Apa Itu Security Edge (SE) & Apa Pula Milled Edge (ME) ? Soalan Yang Kerap Diutarakan Oleh Pemain - Pemain Baru Numist / Duit Lama.

Untuk Melihat Perbezaan SE - ME
 Sila ZOOM Sisi / Rim Syiling

Security Edge (SE) = Sisi Sekuriti / Belah Tengah / Berlongkang / Berparit. Selalunya Sekeping Berharga Rm5 - RM10, Melainkan Tahun 1969, Harganya Sedikit Tinggi RM15 - RM30 Sekeping Walaupun Circulated Condition.

Namun Begitu, Syiling (SE) Berkondisi UNC / BU, Harganya Ratusan Ringgit Juga Sekeping.

Milled Edge (ME) = Bergeriji / Tanpa Sisi Sekuriti
Harga Pasaran (ME) Tahun 1967 & 1968 Circulated Condition Tidak Kurang RM1000 - RM1300 Sekeping. Untuk Tahun 1969, Harganya Lebih Mahal.

Direkodkan Di Singapura, Bertarikh 19 April 2014, Harga Lelongan Untuk 50 Sen 1968 (ME) Bergred NGC MS66 Terjual Pada Harga RM19942 (termasuk premium pembeli)

Juga Di Singapura, Bertarikh 4 Oktober 2014, Harga Lelongan Untuk 50 Sen 1969 (ME) Bergred NGC MS65 Terjual Pada Harga RM81846 (termasuk premium pembeli)

Wow...Siapa Kata Duit Malaysia Murah?

- aku kepoh bila harga meroket -
#BloggerKepoh



2 ulasan:

"
"