='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Jumaat, 11 April 2014

Demam Coins Grading (slab) Melanda Malaysia


As Salam & Salam Sejahtera

Demam Ini Bukan Sebarang Demam...Demam Ini Demam Yang Berjangkit!

Namun, Demam Ini Lain Macam Sikit Peelnya, Jika Dapat Grad Tinggi (MS65 keatas) Demam Menjadi "Virus Senyum Ke Telinga" :p ...Akan Tetapi, Jika Result Slab Keluar Dapat Grad Rendah (tak dapat MS atau pun sekadar AU Detail) Demam Bertukar Menjadi "Bakteria Masam Mencuka"...Hehehehe

Inilah Hakikat Yang Terjadi, Ianya Semakin Serius Melanda Dunia Numismatik Malaysia, Semakin Ramai Yang Demam...Dan Semakin Ramai Yang Menjadi "Gila" Akan Slab Coins...Ianya Satu Fenomena Yang Sangat Mengujakan...Situasi Semasa Dunia Numismatik Malaysia Menunjukkan Peningkatan Bilangan Kolektor Yang Mula Memburu Slab Coins, Termasuklah Galeri TMC Sendiri...Hehehe

Anda Mungkin Berminat Dengan $1 Satu Ringgit Lama

Di Malaysia, NGC & PCGS Adalah Dua Penyedia Servis Slab Yang Paling Popular, Berpusat Di US Sana, Namun Itu Bukanlah Halangan Bagi Kolektor Di Malaysia Menghantar Coins Kesayangan Mereka Untuk Di Slabkan, Walaupun Kos Yang Di Tanggung Begitu Tinggi (servis charge + kos pos pergi & balik + insuran) & Masa Menunggu Yang Agak Lama (berdebar - debar menanti result keluar, cam tunggu result SPM lak ye :) ) Namun Ianya Tetap Berjaya Menambat  Hati Kolektor - Kolektor Seluruh Malaysia Untuk Menongkah Arus Keluar Dari Kepompong Yang Lama (sekadar simpan dalam coins holder & grading by diri sendiri). Pada Pendapat Peribadi Galeri TMC, Ini Adalah Satu Langkah Yang Bijak Demi Mencari Kepuasan & Ketenangan FIkiran Di Masa Depan. Anda Bagaimana???

Kenapa Semakin Ramai Yang Mengejar Slab Coins???
Ini Kerana Coins Yang Telah Siap Di Slab BEBAS Dari Item Palsu & Item Diubahsuai (modified) . Apatah Lagi Jika Mendapat Grad Yang Tinggi, Harganya Mencanak Naik Berkali - Kali Ganda Dari Harga Pasaran Semasa. Di Tambah Pula Ianya Sangat Mudah Untuk Di Jual, Segala - Galanya Tampak Profesional, Dengan Paparan Grad Coins Yang Jelas, Dapat Membuatkan Pembeli Tidak Lagi Merasa Was - Was, Ianya Juga Memberikan Keyakinan Yang Tinggi Kepada Penjual...Maka Urusniaga Pun Menjadi Lancar & Memudahkan Kedua - Dua Pihak. Beli Pun Senyum, Jual Lagi Lah Muka Ada Senyummmm :p

Slab Coins Juga Dapat Membuatkan Kita Tidur Lena (dari rasa bimbang terbeli coins palsu mahupun coins yang telah di modified). Ini Kerana Penelitian Yang Jitu Dari Pihak Penyedia Slab Menyaring Coins Yang Di Hantar Untuk Dislabkan, Coins Palsu & Coins Yang Telah Di Modified (samada mengurangkan/menambahkan) Tidak Di Terima Untuk Di Slabkan Oleh Badan - Badan Penyedia Servis Ini. Maka Ianya Menjadi Lebih Selamat Untuk Di Miliki.

 Dan Sebagai Contoh, Coins 50sen 1967 Ini, Berkondisi UNC (tanpa slab) Harga Pasarannya Sekitar RM300 Ke Bawah Sahaja, Namun Bila Di Hantar Slab & Kembali Pulang Bersama Grad MS65, Harga Jualannya Tidak Kurang Dari RM700 (kemungkinan lebih tinggi)...Berbaloi Tak Hantar Slab??? Berbaloi Atau Tidak Adalah Terpulang Kepada Citarasa Sendiri..Kan?


Namun Begitu, Masih Ramai Yang Kekal Setia & Suka Coins Meraka Berada Dalam Coin Holder Sahaja, Dan Di Masukkan Dalam Kovensional Coins Album, Klasik Gitu (samalah macam Galeri TMC). Kekadang, Coin Yang Di Masukkan Dalam Coin Holder Lebih "Stim" Untuk Di Belek...Terpulang Kepada Minat & Kecenderungan Seseorang, Yang Penting Kita Happy & Enjoy Dengan Hobi Kita Ini, Mengikut Acuan & Selera Diri Sendiri...Caiyokkk Babeh (y)

Sebagai Rujukan Untuk Semua, Galeri TMC Lampirkan NGC Grading Scale, Semoga Kita Lebih Faham & Mengerti Istilah - Istilah Yang Di Gunapakai Oleh Penyedia Servis Slab Coins.




Klik NGC Promo Video Untuk Lebih Faham Tentang Slab Coins

Adios Cikaro...Semoga Bertemu Lagi Di Episod Yang Mendatang, Segalanya Yang Sensasi Hanya Terdapat Di Sini...Thanks

Ingat Numismatik, Ingatlah TMC ~ Truena Malaya Collections...Macam - Macam Adaaaaaa...kekeke

Pray For MH370 Doakan MH370

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"
"