='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Sabtu, 2 Disember 2017

Terima Kasih Atas Sokongan Anda :)

Salam Sejahtera...

Disini, TMC ingin merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua kepada blog The Malaysian Hobbies - Duit Lama Syiling Lama @ Numismalaya.

Walaupun blog ini masih setahun jagung usianya, namun pada saat entry ini ditulis, ianya telah pun menjangkaui lebih dari 125225 kunjungan pelawat & pembaca dari serata dunia. Terima kasih :)

$10 Kerbau Bajak - Klik Di Sini !!!

Inn sha Allah, dengan izin & kudrat-Nya, TMC akan terus menulis & berkongsi pelbagai minat / hobi kita warga Malaysia. Dengan sokongan anda semua, semangat & iltizam TMC akan terus membara.

Seller TERBAIK Di Penang - Mamu Mau Tau? Klik Di Sini...

Semoga pengisian di blog ini memberi manfaat kepada semua.

Top 10 Negara Pembaca Blog The Malaysian Hobbies
Duit Lama Syiling Lama @ Numismalaya
Terima Kasih

Duit Lama - Pitis Negeri Terengganu 1/4 Duit - Zaman Kesultanan Melayu

As - salam & Salam Sejahtera 

Di zaman dahulu kala, negeri - negeri di Tanah Melayu mempunyai duit / matawang yang tersendiri mengikut negeri masing - masing.

Duit Lama Negeri Perlis - Klik

Hari ini, TMC ingin berkongsi dengan tuan / puan matawang Kesultanan Melayu yang berdaulat, melalui keterangan bergambar yang dikeluarkan oleh Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia (MASDINAR). Tahun Siam - Apakah Bezanya?

OFFER Belian RM2500 Untuk Sekeping Seringgit Ini

Pitis Negeri Terengganu - 1/4 Duit
Pitis Negeri Terengganu (2 muka)
Berdiameter +/- 19mm
Di Tempa 1/4 Dan Kerajaan Terengganu Sanah 1325
Sultan Zainal Abidin

Sumber : Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia

Wang Kita Warisan Kita, Kenali & Hargailah Khazanah Tamadun Bangsa

Penjual & Pembeli Duit Lama Syiling Lama Di Penang

Salam sejahtera,

Selalunya ramai yang bertanya, dimanakah tempat untuk menjual mahupun membeli duit lama / syiling lama di negara kita. Kadang kala kita ingin mengetahui nilai semasa koleksi duit lama syiling lama kita, walaupun tidak berhajat untuk menjualkannya. Siapakah yang boleh tolong kita untuk menilaikannya? Koleksi Coke - Kliklah

SA-PULOH SAPULOH Kepala Agung - Klik Disini !!!

Kali ini TMC kongsikan dengan pembaca semua, khasnya orang Pulau Pinang & kawasan sekitarnya. Jika anda ingin menjual atau membeli duit lama syiling lama, anda bolehlah berkunjung ke Rope Walk Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang. Carilah sahabat TMC yang bernama Yusnizam Yusoff, atau lebih dikenali dengan panggilan manja sebagai Pak Yuih. Beliau berniaga Rope Walk Taman Selat setiap hari Sabtu & Ahad.

Sejarah Pitis Negeri Selangor - Klik Disini

Pak Yuih (berbaju hitam) Bersama Pelanggan Setianya En.Halim
Rope Walk Taman Selat, Butterworth Penang
Bergetar Tulang Rusuk TMC Bila Tengok Pak Ali CR72

Macam - Macam Adaaaa...

Tudiaaa...Jenuh Pilih :)

Selain koleksi duit lama dan syiling lama, Pak Yuih juga menjual aksessori numismatik, seperti plastik sleeve untuk wang kertas & coin holder juga lain - lain barangan antik / vintage.

F1 Sepang FINALE Medallions - Apa Ceritanya? Klik

Antara Barangan Jualan Pak Yuih

Syiling Lama Pun Ada 

Koleksi Pak Yuih -  Seringgit Ali Abul Hassan (Aishah) 
Pak Yuih juga di kenali sebagai "Tokan CR Penang" kerana beliau sering menjual & membeli duit kertas seringgit RM1 Ali Abul Hassan atau lebih di kenali ramai sebagai "Duit Aishah".

RM1 Ali Abul Hassan ini juga popular dengan nama CR atau CR72 (merujuk kepada prefixnya).

Beliau seorang yang peramah serta tidak lokek ilmu. Anda boleh bawa duit lama syiling lama anda untuk beliau tolong nilaikan.

Pak Yuih juga membeli duit lama syiling lama anda andai beliau berminat & tawaran harga yang sepatutnya. Lady Diana Spencer - Masihkah Anda Ingat? Klik Disini

Datanglah beramai - ramai mengunjungi booth jualan sahabat TMC ini, selain dari berjual beli, anda boleh menjamu mata melihat koleksi Pak Yuih serta berkongsi pendapat & bertukar - tukar maklumat tentang hobi kita.

Pak Yuih Sedang Membantu Menilai Koleksi Pelanggannya

Antara Pelanggan Setia Pak Yuih
Pak Yuih Ramah Melayan Pelanggan Yang Bertanya

Booth Pak Yuih Sentiasa Menarik Perhatian Orang Ramai
 Macam mana nak kenal Pak Yuih? Mudah sahaja, beliau sering (dah jadi trademark) memakai topi & beg silang...hahaha :p

Topi & Beg Silang Trademark Pak Yuih 

Bersama Kolektor Coin Card & Medallions Malaysia - En Nasri Kamil
Semoga arena numismatik semakin bersinar di Malaysia...Wang Kita Warisan Kita :)

Jumaat, 1 Disember 2017

Lady Diana - The Royal Wedding - Cenderamata

Salam sejahtera,

Seluruh dunia pasti kenal akan nama Lady Diana Spencer, dan kisah - kisah perjalanan hidupnya.

Disini, TMC kongsikan cenderamata Hari Perkahwinan Diraja / The Royal Wedding antara H.R.H The Prince of Wales + Lady Diana Spencer pada tarikh 29th July 1981, bertempat di St Paul's Cathedral...

Kini, cenderamata ini menjadi antara koleksi memorabilia terbaik TMC...layannnn :)

Koleksi Coke - Coca Cola Vintage Metal Diecast - Lesney

Salam sejahtera,

Layan koleksi jenama Coca - Cola / Coke boleh tahan juga daya penariknya. Coke punya ramai peminat setia & kolektor tegar di seluruh dunia.

Ingin TMC kongsikan koleksi istimewa jenama Coke, vintage metal diecast karrier bantam 2 ton produk Lesney (made in England). Rasa bangga dapat memilikinya, quality & seni buatan zaman dahulu nampak ketara sangat berbeza dengan metal diecast buatan sekarang.

Vintage Metal Diecast
Coca - Cola Karrier Bantam 2 Ton
No.37 - Lesney
Made in England


Namun koleksi ini bertemu jodoh dengan pemilik yang baru, seorang kolektor tegar jenama Coke, semoga tuan empunya dapat menghargai sebaiknya koleksi ini...
"
"