='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Isnin, 4 Disember 2017

Duit Syiling Terbaru Keluaran Bank Negara Malaysia (4 Disember 2017)

 Salam sejahtera,

Bank Negara Malaysia hari ini (4 Disember 2017) mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan (commemorative coins) bersempena dengan Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia. Jualan akan bermula tidak lama lagi.

Malaysia 10sen 1971 - Click to View

Rekabentuk Duit Syiling Ulang Tahun Ke-60 Arkib Negara Malaysia (rujuk gambar)
Duit Syiling Peringatan
Ulang Tahun Ke-60
Arkib Negara Malaysia
SUMBER : Bank Negara Malaysia
Duit Lama RM2 Kini Bernilai RM8888...Betul ke Bohong? Klik untuk Mengetahuinya

Pameran Untuk Orang Ramai & Jualan
Duit syiling ini akan dipamerkan kepada orang ramai mulai 12 Disember 2017. Anda boleh berkunjung ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia untuk melihatnya. Anda juga boleh melihat contoh duit syiling ini di pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Terengganu.

Kouta pembelian adalah TERHAD. Tempahan pembelian boleh di buat melalui kemudahan tempahan dalam talian (online) yang baharu. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mengetahui maklumat selanjutnya. Terima Kasih

BANK NEGARA MALAYSIA - LINK

Duit Lama Syiling Lama Yang Bernilai Tinggi - Malaysia 10 sen 1971 10sen 71 sekupang 71

Salam sejahtera

Dalam banyak - banyak syiling edaran negara kita yang dicetak oleh Kilang Wang Bank Negara Malaysia, inilah syiling yang paling popular, baik di Malaysia mahupun di luar negara. Harganya pun bernilai tinggi di pasaran kolektor numismatik. Rujuk gambar di bawah naaa...(episod pertama, pengenalan)

Malaysia 10 sen 1971
Syiling Siri Pertama - Parlimen
(1967 - 1988)
APA Sebabnya? Pasaipa? Awat Lagu Tu?
Mesti ramai yang nak tahu kan? okey, tunggu malam nanti, TMC akan ceritakan...(bersambung di episod seterusnya)

Seperti yang di janjikan, TMC sudahpun mengupas sebab & faktor yang membuatkan syiling lama Malaysia 10sen 1971 menjadi popular & bernilai tinggi serta digilai ramai kolektor duit syiling Malaysia mahupun luar negara. Sila klik LINK dibawah ini untuk membaca episod seterusnya.
10sen 1971 - Episod Kedua (kupasan cerita) - Click to Read

Terima Kasih :)

Ahad, 3 Disember 2017

Pameran & Jual Beli Duit Lama Syiling Lama Di Pulau Pinang - Megamall Pacific Penang

Salam sejahtera...
Hai, Orang Penang...Apa Habaq?

Berita baik buat warga Pulau Pinang dan kawasan - kawasan sekitarnya.

Jika anda peminat duit lama syiling lama pasti akan teruja dengan berita ini.

Duit Lama Seringgit Malaysia - Klik Di Sini

Dan jika anda bukanlah peminat duit lama syiling lama, tapi punya simpanan duit lama dan berhasrat untuk menjualkannya, ini juga berita baik untuk anda.

Kenali Tandatangan Di Wang Kertas Anda - Klik

Kami, para blogger / admin, kolektor, seller & buyer serta peminat - peminat wang lama duit lama akan berkampung selama 3 hari di Megamall Pacific, Prai Pulau Pinang bagi menjayakan "Money Fair" Pameran & Jual Beli Wang Lama Syiling Lama (juga lain-lain barangan) anjuran Malayan Banknote Fair (MBF) pada 8 hingga 10 Disember 2017.
Nantikan harinya :)

Datanglah beramai - ramai, rasailah kemeriahan dan keterujaan menjamu mata melihat khazanah warisan tamadun kita. Ada pelbagai wang lama syiling lama yang mana barangkali anda belum pernah melihat sepanjang hidup anda.

Jangan lupa temujanji kita pada tarikh dan tempat yang dinyatakan diatas tadi.
Jumpa anda di sana

Terima kasih



PANAS Panas PANAS !!! Duit Lama RM2 Kini Bernilai RM8888 Sekeping?

Salam sejahtera...

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, viral satu Malaysia tentang cerita harga duit lama RM2 kini bernilai RM8888 sekeping. Wow :)

Syiling Lama Malaysia Yang Bernilai Tinggi - Click to View

Dalam masa yang singkat, group facebook berkaitan duit lama di Malaysia dihidangkan dengan cerita-cerita panas ini. Pada masa yang sama juga, sebilangan admin-admin group facebook duit lama mula menerima private message (PM) pertanyaan tentang isu yang berkaitan. Tidak terkecuali, kami para blogger turut menerima e-mail pertanyaan tentang cerita yang sama.

Hebatnya kuasa internet tanpa sempadan, lebih pantas dari Mami Jarum baqhang :p


Apakah BENAR seperti apa yang di dakwa oleh admin pages ini?

Jika merujuk kepada gambar duit lama RM2 itu, adalah jelas ianya wang kertas Malaysia edaran siri kelapan (1996 - 1998) yang ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don. Berpandu kepada gambar, dapat dianggarkan wang kertas itu cuma berada dalam kondisi F (fine) - AVF (almost very fine) shj.

Nak Belajar ASAS Grading Wang Kertas? Klik Di Sini...

Untuk harga pasaran semasa bagi RM2 dalam kondisi begini, untuk prefix biasa cuma bernilai "face value" shj, melainkan prefix awal AA & prefix akhir DF36***** harganya berlegar dalam RM10 - RM20 sekeping.

Bagaimana Nak Grading Duit Syiling? Klik Di Sini Pulok...

Bagi prefix gantian pula, prefix ZA dan ZC harga pasaran semasanya dalam range RM15 - RM30 sekeping untuk wang kertas ini yang berada dalam kondisi F - AVF.

HANYA prefix gantian ZB harganya agak tinggi berbanding dengan lain - lain prefix, TMC anggarkan nilai pasaran semasa untuk RM2 ZB kondisi F - AVF berharga sekitar RM300 - RM500 (lebih banyak digit 0 nya, akan lebih tinggi nilainya)

Nak Beli / Jual Duit Lama? Di Sini Lokasinya...Kliklah

Namun begitu, jika number sirinya rendah (low number) contohnya AA0000001 atau number siri solid, contohnya AA8888888 sudah pasti harganya akan lebih tinggi. Begitu juga dengan duit CONTOH (specimen) keluaran khas Bank Negara Malaysia. Pun begitu, jarang sekali duit low number, solid number & CONTOH berada dalam kondisi F - AVF seperti gambar yang diviralkan itu.

Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu merungkai kekusutan anda. Tqvm kerana membaca (nasib baik tak suruh saya lukis :p)

Sabtu, 2 Disember 2017

Kolektor Duit Lama Syiling Lama Di Sungai Petani, Kedah

Salam sejahtera,

Biasanya, di pagi hari...sambil pekena kopi secawan (ada hari lajak sampai seteko hahaha) dan nasi goreng sepinggan penuh kasih sayang dari air tangan sang isteri, TMC akan belek dan membaca suratkhabar untuk mengetahui serba sedikit berita semasa dan perkembangan terkini negara kita Malaysia serta liputan luar negara. Bab sukan pun baca juga la, kot-kot ada cerita pasal Manchester United hehe :p

The Malaysian Hobbies - Duit Lama Syiling Lama @ Numismalaya...Klik Di Sini

Suratkhabar pilihan TMC semestinya Harian Metro & Sinar, sedang leka dok belek...pandangan ini tersentak bila selak kolum "Setempat". Wajah yang memang kenal yang amat sangat sedang tersenyum terpampang di dalam dada akhbar. Wah!!! Sahabat TMC Encik Aman Shafrie masuk paper oooo...nasib baik tak tersembur kopi, kalau tak, nak kena beli paper lagi la untuk simpan :p

Keratan Akhbar Harian Metro
2 Disember 2017
Keratan Akhbar Harian Metro
2 Disember 2017

Kedai Numismatik TERBAIK Di Kedah...Klik Di Sini


Disini, ingin TMC merakam Tahniah buat Aman Shafrie, semoga terus sukses dalam hobi kita. Majulah numismatik untuk semua.

Meriah Koleksi Aman Shafrie
Foto Ehsan Harian Metro
2 Disember 2017
Grading Grading Grading...Klik Di Sini Ya
Foto Ehsan Harian Metro
2 Disember 2017
Pitis 1/4 Suku Duit Negeri Terengganu...Klik Di Sini

Ayam Ring Kedah - 7 Ring
Tampang Negeri Pahang
Koleksi Aman Shafrie

Foto Ehsan Harian Metro
2 Disember 2017
"
"