='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Klik Tanda Sokongan Tqvm

Jumaat, 30 Disember 2016

Duit Lama Pitis Negeri Kedah - Matawang di Zaman Kesultanan Melayu

As - salam & Salam Sejahtera 

Di zaman dahulu kala, negeri - negeri di Tanah Melayu mempunyai duit / matawang yang tersendiri mengikut negeri masing - masing.

Hari ini, TMC ingin berkongsi dengan tuan / puan matawang Kesultanan Melayu yang berdaulat, melalui keterangan bergambar yang dikeluarkan oleh Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia (MASDINAR).

Persatuan Warisan Numismatik Kesultanan Melayu, Malaysia

Jom Kita Tengok...Pitis Negeri Kedah

Pitis Negeri Kedah (2 muka)
Diameter +/- 15mm
Di Tempa "Muhammad Shah" & "As-Sultan Al-Kedah"

Wahhh...menarik bukan? penuh karya seni yang indah. Teringin sangat TMC memilikinya untuk tatapan generasi akan datang.

Lagi Rujukan Matawang Kesultanan Melayu

Terima Kasih 

Isnin, 26 Disember 2016

SP Numismatics - Kedai Numismatik TERBAIK Di Kedah

As - salam & Salam Sejahtera

Sejak terbitnya artikel bertajuk (label) "Kedai Numismatik di Malaysia" baru - baru ini, email TMC (truenamalaya@gmail.com) banyak menerima pelbagai soalan / pertanyaan berkaitan lokasi kedai - kedai numismatik berhampiran kawasan / daerah para pembaca blog ini.

Seringgit Sign Aishah - Klik di Sini

Baik, atas permintaan para pembaca, kali ni TMC kongsikan sebuah kedai numismatik yang terbaik & tersohor di negeri Kedah, terletak di bandar Sungai Petani. Jom kita terjah...

Kedai Numismatik TERBAIK di Negeri Kedah

Tiga Tauke Bersatu
King Tam. MC Lok & Mr Neoh
For Sale - Tampang Negeri Perak

Kedai numismatik tersohor ini dinamakan SP Numismatics, dimiliki 3 orang sahabat baik iaitu Mr Neoh, King Tam & MC Lok. Lokasi kedai ini di SP Plaza (ground floor) Sungai Petani, Kedah.

Pelbagai koleksi menarik & Rare item tersedia menanti tuan / puan. Keramahan tauke - tauke ini ketika berbicara sangat mencuit hati para pengunjung kedai mereka.

Selain dari item - item numismatik, mereka juga menjual pelbagai jenis setem & first day cover (FDC) dari pelbagai negara. Barangan antik juga terdapat di kedai ini.

Ingin Menjadi Ahli Numismatik Yang Berdaftar? Klik Disini


Diatas ini adalah gambar King Tam, selain dari menjadi seorang penjual item numismatik, beliau sebenarnya seorang pengumpul tegar numismatik yang dihormati di Malaysia. Kita dapat melihat beliau dimana - mana sahaja event numismatik di seluruh negara. TMC sangat kagum dengan semangat numismatik yang beliau miliki. Syabas King Tam !!!

Marilah kita beramai - ramai mengunjungi SP Numismatics, anda pasti berpuashati dengan layanan baik & harga mampu milik yang ditawarkan oleh tiga tauke sahabat baik ini.

Catatan Paling Popular TMC

Episod seterusnya, TMC akan kongsikan kedai numismatik Terbaik & Tersohor yang terdapat di negeri Melaka. Nantikan kemunculannya...

Kedai Numismatik TERBAIK @ Shah Alam

Terima Kasih

Ahad, 25 Disember 2016

ALERT - JANGAN Beli Item - Item Ini, Barang Kes Pecah Rumah

As - salam & Salam Sejahtera

Minta kerjasama dari semua peminat / pengumpul / penjual numismatik kawasan utara tanahair agar ALERT dengan item - item numismatik yang disenaraikan disini. Item - Item ini adalah milik sahabat kita Mohd Radzi Ramli & Shah Alazwan, yang mana rumah mereka dipecah masuk pencuri pada 24 Disember 2016.

WANTED - Klik di Sini























Senarai item numismatik diatas adalah sebahagian kecil dari koleksi mereka yang dicuri, antara item yang hilang adalah :-


a. 2 album koleksi banknotes (isi penuh)
b. 3 album koleksi syiling lama (isi penuh)
c. Puluhan coin cards pelbagai jenis
d. Koleksi setem dan FDC
e. Buku & artikel numismatik
f. Poster - poster koleksi duit
g. Dan lain - lain item yang belum dikenalpasti

Duit Lama Orang Suka - Klik di Sini

Harap kita semua bersatu hati mengesan pelaku tersebut dengan memantau pergerakan jualbeli item - item seperti gambar diatas. Sila hubungi sahabat kita / polis jika anda mengesan hadirnya individu membawa item - item numismatik ini untuk dijual.

Terima Kasih

Rabu, 21 Disember 2016

Syiling Peringatan 50 Tahun FELCRA

As - salam & Salam Sejahtera

Hari ini (21 Disember 2016), Bank Negara Malaysia melancarkan syiling peringatan yang terbaru iaitu syiling peringatan Sambutan Jubli Emas FELCRA (1966 - 2016).

Dengar cerita, 9.00 pagi tadi, single proof dah sold out...bakal jadi antara Hot Item nanti ni :)



Single Proof

Coins Card


The Encyclopaedia of Dry Rubber Export Coupons (by Mr Saran Singh)


As - salam & Salam Sejahtera

Kepada para peminat kupon eksport getah, nantikan pelancaran buku The Enclopaedia of Dry Rubber Export Coupons hasil karangan Mr Saran Singh, juga dibantu oleh Mr Gilbert C. (alphaNumis.com) pada tarikh 8 Januari 2017, di acara lelongan Mynumist (Mr. Dickson Niew), bertempat di Muzium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

SA - PULOH Watermark Kepala Agung - Klik di Sini

Marilah kita datang beramai - ramai :)



Hard Cover
348 Pages


"
"